awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Mesir sedia jadi tuan rumah persidangan pemulihan Gaza
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
64 peratus syarikat pengendali kenderaan perdagangan gagal patuhi JISA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

BN sertai PRN Sabah sebagai satu pasukan mantap - Mohamad

Bernama
Bernama
29/06/2025
13:30 MYT
Sponsor Banner
BN sertai PRN Sabah sebagai satu pasukan mantap - Mohamad
Mohamad semasa hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang 2025 di Dewan Putra Padang Lerek, hari ini. - Gambar Bernama
TANGKAK: Barisan Nasional (BN) akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sebagai satu pasukan parti yang mantap dan kuat, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad, yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata pihaknya kini meneroka kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selain persefahaman dengan parti-parti tempatan di Sabah bagi menghadapi PRN berkenaan.
"Kita menerokai kerjasama dengan PH di Sabah kerana di Sabah, BN tidak boleh bersendirian, jadi kita memerlukan rakan untuk kita menghadapi pilihan raya negeri itu... kita masih lagi meneroka pelbagai pertimbangan terutama pembahagian kerusi.
"Kita hendak jadi satu pasukan yang mantap supaya pengundi tidak keliru dan memberi sokongan kepada parti-parti kuat yang boleh mentadbir Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ledang di Dewan Putra Padang Lerek di sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Abdul Rahim Talib di Dewan Putra Padang Lerek di sini hari ini.
Di Kedah, Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Noraini Ahmad berkata pergerakan itu menjalankan kajian sikap secara terperinci bagi mengetahui corak pengundi dan maklum balas akar umbi untuk disalur terus kepada pimpinan pusat, bahagian serta war room.
Beliau berkata kajian sikap itu turut dijalankan secara berterusan di seluruh negara bagi memperkukuh parti dan ia dilaksana bukan hanya untuk menghadapi pilihan raya.
"Bagi PRN Sabah, kajian sikap itu telah dilaksanakan dan kita serah kepada kepimpinan untuk menyatakan (dapatan)," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas di Kubang Menerung.
Noraini, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata bagi PRN Sabah, sayap Wanita bergerak seiring dengan UMNO negeri dalam memastikan kesiapsiagaan jentera sentiasa berada pada tahap terbaik.
Beliau berkata UMNO mempunyai struktur organisasi yang tersusun dengan pembahagian tugas antara sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam memastikan setiap gerak kerja berjalan lancar serta fokus.
"Malah setiap sayap mempunyai peranan tersendiri tetapi kekuatan sebenar datang daripada penyelarasan dan kerja berpasukan," katanya.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri Sabah dijadual terbubar secara automatik pada 11 Nov tahun ini yang membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Puteri UMNO
#Pakatan Harapan
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami