awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buat laporan polis ucapan PM tindakan terdesak - Hishammuddin

Bernama
Bernama
11/12/2017
07:38 MYT
Buat laporan polis ucapan PM tindakan terdesak - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Apa yang dikatakan oleh Najib tiada unsur perkauman langsung, sebenarnya apa yang kami (pemimpin UMNO) bincangkan adalah berkaitan masa depan negara kita. - Gambar fail/BERNAMA
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan tindakan beberapa anggota DAP membuat laporan polis berhubung ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa berunsur perkauman sebagai tindakan terdesak pembangkang.
Beliau menegaskan ucapan presiden UMNO itu adalah tentang hala tuju negara dalam mencapai Transformasi Nasional 50 (TN50) dan cabaran merealisasikannya yang melibatkan semua kaum di Malaysia.
"Saya membuat penelitian ini (tindakan anggota DAP ini), seolah-olah tindakan drastik dan terdesak untuk mencari perkara-perkara yang dibincangkan dalam UMNO kali ini yang boleh menyentuh perjuangan mereka (DAP) dan menidakkan perjuangan kita (UMNO).
"Apa yang dikatakan oleh Najib tiada unsur perkauman langsung, sebenarnya apa yang kami (pemimpin UMNO) bincangkan adalah berkaitan masa depan negara kita... menuju TN50 dan perjuangan untuk semua, bukan untuk Melayu sahaja. Bagaimana pula ia dilihat sebagai kenyataan berunsur perkauman? DAP perlu berhenti daripada membuat laporan polis berhubung dakwaan itu," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Semalam, beberapa anggota DAP termasuk anggota Parlimen Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis berhubung kenyataan Najib pada Perhimpunan Agung UMNO pada Khamis lepas yang menyifatkan DAP parti anti-Melayu dan Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DAP
#Hishammuddin Hussein
#laporan polis
#Naib Presiden UMNO
#Najib Razak
#PAU2017
#pembangkang
#perhimpunan umno
#TN50
#Transformasi Nasional 2050
#ucapan presiden UMNO
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan