awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar DUN: UMNO Melaka adakan mesyuarat tergempar

Fareez Azman
Fareez Azman
05/10/2021
14:44 MYT
Bubar DUN: UMNO Melaka adakan mesyuarat tergempar
Mesyuarat berkenaan diadakan di kediaman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ab Rauf Yusoh di sini. - Gambar fail
MASJID TANAH: Kepimpinan tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat tergempar malam ini bagi membincangkan isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diumumkan hari ini.
Mesyuarat berkenaan diadakan di kediaman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ab Rauf Yusoh di sini.
Antara pemimpin yang dilihat hadir termasuk Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Wanita Datuk Seri Noraini Ahmad, Ketua Pemuda Datuk Asyraf Wajdi Dusuki serta 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri berkenaan.
Terdahulu, Ab Rauf memaklumkan DUN Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
BACA: DUN Melaka dibubar - Speaker
Berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, apabila DUN dibubarkan, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.
BACA: Bubar DUN: SPR akan adakan mesyuarat khas bincang PRN Melaka
Barisan Nasional (BN) Melaka juga difahamkan sudah mengeluarkan arahan persedian jentera pilihan raya Parlimen bagi menghadapai Pilihan Raya Negeri (PRN).
Topic Berkaitan
#bubar DUN
#DUN Melaka
#politik melaka
#UMNO Melaka
#Ab Rauf Yusoh
#plihan raya negeri
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan