awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua NATO sambut baik kemajuan usaha 'tamatkan perang Ukraine'
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka Parlimen: Anwar tunggu langkah kerajaan selanjutnya

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2021
15:01 MYT
Buka Parlimen: Anwar tunggu langkah kerajaan selanjutnya
Al-Sultan Abdullah amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang. - Gambar fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menanti langkah selanjutnya daripada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pembukaan Parlimen.
Dalam ciapannya, Anwar turut menjunjung kasih di atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Menjunjung kasih atas wewenang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan DYMM Raja-Raja Melayu melalui keputusan yang dizahirkan.
Saya menanti langkah selanjutnya dari kerajaan pimpinan @MuhyiddinYassin untuk mengadakan sidang Parlimen sesegera mungkin.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 16, 2021
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, persidangan Parlimen perlu bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Jelas Ahmad Fadil lagi, Al-Sultan Abdullah amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu paltform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan isu khususnya berkaitan penularan wabak COVID-19.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan