awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi - Shahril Hamdan

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2021
03:21 MYT
Buka parlimen untuk rancakkan semula ekonomi - Shahril Hamdan
Shahril berkata sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah. - Foto Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: UMNO percaya selagi sistem demokrasi berparlimen tergendala, ekonomi tidak akan dapat dirancakkan.
Ketua Penerangannya Shahril Hamdan berkata ini kerana pelabur akan menjauhi dan ekonomi akan hambar akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sedia kala.
"Antara keputusan utama mesyuarat, sepertimana terkandung dalam kenyataan rasmi, menggesa agar Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka terlebih dahulu supaya demokrasi boleh dikembalikan ke tempat asalnya.
"UMNO percaya selagi demokrasi berparlimen tergendala, selagi prinsip akauntabiliti dikesampingkan, selagi itulah pelabur menjauhi, selagi itulah ekonomi hambar, akibat pembuatan dasar negara tidak terurus seperti sediakala.
"Jangankan soal membuktikan keabsahan majoriti Kerajaan Perikatan Nasional, sedangkan bersidang pun tidak. Jangankan hendak melulus perbelanjaan, sedangkan bersidang pun tidak.
"Jika ada hujah mahu mengadakan pilihanraya kelak sebagai jalan keluar dari kemelut politik, itupun tidak mampu berlaku selagi Parlimen tak bersidang dan darurat terpakai," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Shahril berkata sebarang ketetapan berkenaan kelangsungan pembabitan UMNO dalam Kerajaan PN pula akan diputuskan atas semangat musyawarah.
"Apabila keputusan itu diambil, MKT yakin bahawa semua ahli parti termasuk yang menjadi anggota kerajaan hari ini akan mematuhinya, sekali gus mempamerkan kesatuan tindakan dalam parti.
"Dalam hal pemilihan parti, sekali lagi UMNO mengambil pendekatan komprehensif dan berhikmah yang memeriksa segala sudut sebelum menetapkan sebarang tarikh.
"MKT memutuskan untuk mendapat panduan dari pihak berwajib berkenaan kaedah terbaik, mengambil kira kekangan SOP COVID-19," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#UMNO
#COVID-19
#Parlimen
#SOP
#Shahril Hamdan
#pelabur
#dasar negara
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan