awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan UMNO pun nak Parlimen bubar - Ahmad Zahid

Syukri Shaari
Syukri Shaari
28/06/2022
05:26 MYT
Bukan UMNO pun nak Parlimen bubar - Ahmad Zahid
Menurut Ahmad Zahid, Abdul Rashid yang merupakan bekas Pengerusi SPR menyatakan mandat sah demokrasi perlu dikembalikan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bukan UMNO pun yang mahu Parlimen dibubarkan.
Itu penegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik dalam akaun Facebook beliau hari ini.
Sebaliknya, Ahmad Zahid mendakwa Bekas Pengerusi Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menegaskan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan sekarang.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu turut memuat naik tangkap layar laporan dengan tajuk 'GE15 should have been held by now, says ex-EC Chairman' yang merujuk kepada kenyataan Abdul Rashid.
Zahid Hamidi
Bukan UMNO pun nak bubar Parlimen. - Tangkapan layar FB Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, Abdul Rashid yang merupakan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan mandat sah demokrasi perlu dikembalikan.
"Kerajaan pula tidak stabil kerana terdapat pelbagai watak dan parti dan ini tidak baik untuk negara.
"Katanya lagi ekonomi semakin buruk dan pelabur pula lari," jelas Ahmad Zahid.
Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Abdul Rashid yang merupakan bekas Naib Presiden Bersatu dan masih menjadi ahli parti itu bersikap jujur menyatakan pendiriannya berdasarkan pengalamannya sekitar 30 tahun berada dalam SPR.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#UMNO
#PRU15
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan