awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/12/2023
03:20 MYT
Bung Moktar hadir Perhimpunan Agung Tahunan Warisan
Bung Moktar dilihat hadir pada perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan di Dewan Hakka Likas, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian
KOTA KINABALU: Kehadiran Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan (Warisan) menguatkan lagi desas-desus wujudnya kerjasama antara kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.
Bung Moktar bersama barisan pimpinan UMNO Sabah tiba sekitar jam 9 pagi Khamis di Dewan Hakka Likas di sini sebagai tetamu jemputan perhimpunan yang dirasmikan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Selain UMNO Sabah, wakil daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Sabah turut dilihat hadir sebagai jemputan pada perhimpunan tersebut.
Untuk rekod, Mohd Shafie dalam kenyataannya sebelum ini berkata, Warisan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti lain termasuk UMNO.
Malah kerjasama awal mereka juga dapat dihidu apabila gerakan cuba menjatuhkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada kemelut politik awal tahun ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bung Moktar Radin
#Warisan
#UMNO
#Dewan Hakka Likas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan