awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Cah keting' jangan berulang, UMNO perlu bersatu hadapi PRU16 - Asyraf Wajdi

Bernama
Bernama
27/06/2025
21:00 MYT
'Cah keting' jangan berulang, UMNO perlu bersatu hadapi PRU16 - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan, jentera parti perlu diperkukuh dan terus memainkan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar fail/Bernama
PASIR MAS: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan seluruh ahli dan kepimpinan parti agar terus bersatu dan mengelakkan perpecahan demi memastikan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Beliau berkata, kekalahan UMNO pada pilihan raya sebelum ini bukan disebabkan kekuatan pihak lawan, sebaliknya berpunca daripada pergeseran dalaman termasuk amalan 'cah keting' dalam kalangan ahli sendiri.
"Itu yang kita tidak mahu ulangi pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang, di sini, pada Jumaat.
Asyraf Wajdi menegaskan, jentera parti perlu diperkukuh dan terus memainkan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan.
Mengulas dakwaan kononnya terdapat desakan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau berkata, Majlis Tertinggi UMNO setakat ini kekal komited mempertahankan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.
"Dalam sejarah UMNO, kita jarang menghadapi pilihan raya secara bersendirian kerana kestabilan dan kemakmuran negara lebih mudah dicapai melalui kerjasama politik yang inklusif dan menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#UMNO
#pilihan raya umum
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan