awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Calon perlu bebas kes mahkamah... tidak sombong' - Tengku Razaleigh

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
10/03/2021
16:43 MYT
'Calon perlu bebas kes mahkamah... tidak sombong' - Tengku Razaleigh
Individu yang dicalonkan UMNO tidak boleh hanya duduk di pejabat, memberi arahan dan bersifat elitis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menasihati UMNO supaya meletakkan calon yang bebas dari kes mahkamah selain tidak sombong untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berkata individu itu mesti berupaya selain sentiasa dekat dengan rakyat.
"Saya tak boleh nak cakap apa yang perlu diperbaiki. Saya nak dengar daripada ahli-ahli UMNO apa yang perlu diperbaiki termasuk juga daripada pandangan rakyat untuk mengundi, memilih pemimpin.
"Saya dengar cakap-cakap katakan elok kita adakan barisan pimpinan untuk ditawar berkhidmat bagi rakyat di kawasan masing-masing orang yang tidak terlibat dengan kes mahkamah... orang itu mesti berkebolehan dan berkemampuan," katanya ketika ditemu bual Malaysian Insight pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan perubahan yang perlu dilakukan oleh UMNO bagi menawan semula Putrajaya pada PRU15 kelak.
Jelasnya, individu yang dicalonkan UMNO tidak boleh hanya duduk di pejabat, memberi arahan dan bersifat elitis.
Katanya, rakyat kini mahukan individu yang senang dihubungi, mudah membicarakan masalah-masalah rakyat yang berbangkit.
Mengenai masa depan UMNO, Razaleigh berkata, parti itu mampu bertahan selagi ia mendapat sokongan dan keyakinan rakyat.
“Walaupun kita dalam pilihan raya 2018, titik hitam dalam sejarah parti kita. Tetapi, nampak tak memberi kesan yang buruk sangat kepada kita, oleh kerana orang di bawah masih kekal," katanya.
Topic Berkaitan
#Tengku Razaleigh Hamzah
#UMNO
#Gua Musang
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#Parlimen
#mahkamah
#Putrajaya
#calon UMNO PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan