Calon PH diarah keluar pusat undi

Arfa Yunus
Januari 26, 2019 06:06 MYT
Manogaran diarah keluar dari sebuah pusat mengundi di sini oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memakai baju dengan logo PH. -Twitter SPR
Calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran diarah keluar dari sebuah pusat mengundi di sini oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memakai baju dengan logo PH.
Ketika ditemui pemberita, Manogaran mengakui kesilapannya itu.
"Ini adalah kesilapan saya sendiri. Hari ini saya mulakan hari pada awal pagi dan bergegas keluar.
"Saya terus menukar baju selepas diberi peringatan oleh SPR," katanya kepada media pada Sabtu.
Susulan itu, pemangku Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa di Sekolah Kebangsaan Betau mendakwa, PH kini tidak lagi mematuhi undang-undang.
Manogaran bagaimanapun menepis dakwaan itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.
#baju T #Ismail Sabri #logo PH #Manogaran #PRK Cameron Highlands #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya