awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PM baharu: 'Setiap minggu PN mengigau, buktikan SD di Parlimen' - Anwar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/05/2023
05:08 MYT
Calon PM baharu: 'Setiap minggu PN mengigau, buktikan SD di Parlimen' - Anwar
Anwar berkata, beliau yakin Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya itu akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembangkang dicabar untuk membuktikan mereka mempunyai calon Perdana Menteri yang baharu seperti yang didakwa dengan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya itu akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
"Tak apalah kalau dia ada, masa Parlimen bawalah SD. Usul di Parlimen, tidak ada masalah.
"Ini tiap-tiap minggu dia jadi mengigau mingguan. Sebelum puasa, sebelum raya, sebelum selepas Raya Haji, sebelum Thaipusam, Tahun Barhau Cina... tunggulah.
"Tapi Insya-Allah kita Kerajaan Perpaduan kekal penuh sehingga pilihan raya akan datang. Saya sangat yakin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya memiliki SD yang memberi sokongan majoriti kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk menjadi Perdana Menteri baharu.
Semalam, tular pula satu kenyataan media palsu kononnya mendakwa Pas menzahirkan sokongan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menjadi Perdana Menteri. Kenyataan berkenaan disahkan palsu oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Sebelum ini Perdana Menteri mengakui wujud komplot untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya. Namun komplot itu katanya tidak berasas.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perikatan Nasional
#akuan bersumpah
#calon perdana menteri baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan