Calon PM ke-9: 'Yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua'

Astro Awani
Ogos 18, 2021 07:34 MYT
Seri Paduka Baginda akan mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu-isu semasa yang dijadualkan pada 20 Ogos 2021 (Jumaat). - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri baharu yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Itu antara perkara yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pelantikan Perdana Menteri baharu.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa.
BACA LAPOR LANGSUNG: PEMBENTUKAN KERAJAAN BAHARU, SIAPA PM KE-9?
#Yang di-Pertuan Agong #Dewan Rakyat #pilihan raya umum #Perdana Menteri #pilihan raya #undang-undang #perpaduan #PM #Al-Sultan Abdullah #bakal perdana menteri