UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

[LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan Ismail Sabri sebagai PM ke-9

YDP Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan selepas Ismail Sabri mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen.

Astro Awani
Pertemuan Khas Raja-Raja Melayu id Istana Negara pada Jumaat sudah berakhir. - Gambar fail

Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9: Anwar junjung kasih titah Agong

Fri Aug 20 2021

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan media malam ini, beliau yang mewakili pihak pembangkang keseluruhannya mengambil maklum keputusan oleh Seri Paduka Baginda itu.

BERITA PENUH DI SINI

Naib Presiden UMNO pertama jadi PM, ini 5 perkara menarik mengenai Ismail Sabri

Fri Aug 20 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pelantikan Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera itu untuk menerajui pentadbiran negara, sekali gus menamatkan teka-teki banyak pihak sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI

Pra-majlis angkat sumpah PM ke-9: Ismail Sabri bertemu Ahli Parlimen UMNO, BN malam ini

Fri Aug 20 2021

Biarpun hanya akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 esok, jadual Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus padat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera itu telah mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional selama dua jam di sebuah hotel di ibu negara.

BERITA PENUH DI SINI

UMNO harap kerajaan baharu pastikan kestabilan politik dicapai sebelum PRU15

Fri Aug 20 2021

UMNO berharap pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia ke-9 dapat menterjemahkan hasrat parti untuk membawa aspirasi rakyat menangani pandemik COVID-19.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada masa sama berkata, pelantikan itu diharap akan memastikan kesejahteraan, kemaslahatan dan keselamatan mereka sentiasa menjadi keutamaan.

BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9: Istana Negara, Menara Dato' Onn jadi tumpuan esok

Fri Aug 20 2021

Jam 2.30 petang esok, rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Menjadi kelaziman, istiadat ini akan dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen terutama wakil rakyat yang membentuk kerajaan baharu ini.

BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri mampu ketuai negara, tangani COVID-19 dengan berkesan - Bung Moktar

Fri Aug 20 2021

UMNO Sabah yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu mengetuai kerajaan Pusat dengan baik sekali menangani isu pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan.

Sambil mengucapkan tahniah di atas pelantikan itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pelantikan Ahli Parlimen Bera itu juga dapat menstabilkan semula politik negara.

BERITA PENUH DI SINI

Komponen BN ucap tahniah kepada Ismail Sabri

Fri Aug 20 2021

Parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-9.

Antara ucapan yang diterima termasuk daripada Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengutuskan ucapan itu di media sosial beliau.

BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri PM ke-9: Ahmad Zahid bersyukur, Najib Razak ucap selamat

Fri Aug 20 2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syukur dan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Ahli Parlimen itu turut melahirkan penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas pelantikan berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

'Cubalah aman damai selepas pelantikan PM baharu' - Penganalisis

Fri Aug 20 2021

Semua pihak terutama ahli politik diminta berdamai dan memberi fokus kepada penyelesaian krisis kesihatan selepas pengumuman pelantikan perdana menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penganalisis politik, Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata, ia selari perancangan jangka panjang negara sekali gus memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam proses berkenaan.

BERITA PENUH DI SINI

'Selamat jalankan amanah, negara perlukan kestabilan' - H2O

Fri Aug 20 2021

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang terpilih sebagai Perdana Menteri ke-9.

Menurut Hishammuddin, perkara paling penting yang diperlukan oleh negara ketika ini ialah mencapai kestabilan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ketepi agenda politik, bersatu hati tangani pandemik COVID-19 - Agong

Fri Aug 20 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu dapat mengakhiri kemelut politik dengan segera.

BERITA PENUH DI SINI

Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9

Fri Aug 20 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9

Fri Aug 20 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

BERITA LANJUT KLIK DI SINI

Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9

Fri Aug 20 2021

Sultan Johor muat naik ciri orang munafik di media sosial

Fri Aug 20 2021

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran berkaitan sifat-sifat orang munafik di media sosial Baginda.

Menerusi kemas kini tersebut, Sultan Ibrahim berkongsi Hadis Riwayat Al-Bukhari yang menjelaskan tanda-tanda orang munafik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Enam Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara

Fri Aug 20 2021

Raja-Raja Melayu berangkat tiba memasuki Istana Negara kira-kira jam 2.40 petang ini bagi menghadiri pertemuan khas bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan khas itu diadakan bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan penubuhan kerajaan baharu.

BERITA LANJUT KLIK DI SINI

Raja-Raja Melayu berangkat tiba di Istana Negara

Fri Aug 20 2021

Hujan mula membasahi bumi di Istana Negara Kuala Lumpur.
Media masih setia menanti di sini.@501Awani #AWANInews #istananegara #Agong pic.twitter.com/mgMvfP86Ua

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 20, 2021

Politik | Pertemuan khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara

Fri Aug 20 2021

Ahli Parlimen hentikan drama di Dewan Rakyat

Fri Aug 20 2021

Situasi Politik | Apa yang kita harapkan daripada kerajaan ini? (Bahagian 2)

Fri Aug 20 2021

Situasi Politik | Apa yang kita harapkan daripada kerajaan ini? (Bahagian 1)

Fri Aug 20 2021

Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9? (Bahagian 2)

Fri Aug 20 2021

Agong berkenan menerima menghadap ketua-ketua dan wakil parti-parti politik

Fri Aug 20 2021

Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9? (Bahagian 1)

Fri Aug 20 2021

Pertemuan khas Raja-Raja Melayu bincang calon PM hari ini

Thu Aug 19 2021

Hari ini Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mengadakan satu pertemuan khas dengan Raja-Raja Melayu bagi membincangkan isu bakal calon Perdana Menteri dan kerajaan.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada Rabu lalu.

BERITA PENUH DI SINI.

PN setuju secara bersyarat, namakan Ismail Sabri sebagai PM

Thu Aug 19 2021

Perikatan Nasional sebulat suara bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan itu diberikan oleh 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti-parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, 18 Pas dan satu daripada STAR termasuk empat bebas.

BERITA PENUH DI SINI



Perjumpaan nyatakan sokongan kepada Ismail Sabri, tidak bincang soal Kabinet - Ahmad Maslan

Thu Aug 19 2021

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan 114 Ahli Parlimen menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bermula sejak 10 pagi Khamis, tiada perbincangan langsung berhubung soal pembentukan Kabinet kerajaan baharu.

BERITA PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: Muhyiddin menghadap Agong di Istana Negara

Thu Aug 19 2021

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara kira-kira jam 2.49 petang tadi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Beliau yang juga Perdana Menteri sementara (caretaker) itu tiba menaiki kenderaan peribadinya melalui pintu satu Istana Negara.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri masuk ke Istana Negara

Thu Aug 19 2021

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 1.16 tengah hari tadi.

Beliau bersama beberapa Ahli Parlimen lain tiba dari Menara Dato Onn selepas berkumpul di sana sejak pagi tadi.

Turut kelihatan dalam bas tersebut adalah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling) dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau).

Ismail Sabri tiba di Istana Negara

Thu Aug 19 2021

1.16 tghari

Bas membawa DS Ismail Sabri Yaakob (Bera) dilihat memasuki Istana Negara.
Beberapa MP lain juga dilihat berada dlm bas tersebut.

DS Ismail Sabri melambai kepada media yg berkampung di Istana Negara.@501Awani#AWANInews #AWANIterkini pic.twitter.com/mV7iWHVXcI

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Ismail Sabri ke Istana Negara

Thu Aug 19 2021

Ahli Parlimen Bera itu dikatakan mempunyai sejumlah 114 sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat. @501Awani pic.twitter.com/o4SyjELSvV

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Ismail Sabri ketuai kelompok kedua MP BN-UMNO

Thu Aug 19 2021

Calon PM dari Barisan Nasional DS Ismail Sabri Yaakob mengetuai batch kedua MP BN-UMNO ke Istana Negara.

Turut kelihatan DS Halimah Sadique (Kota Tinggi), DS Dr Adham Baba (Tenggara) serta beberapa MP lain.

“Tiada kenyataan lagi buat masa ini” - @IsmailSabri60 / @501Awani pic.twitter.com/EFatRj2Piq

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Ahli Parlimen GPS, Bebas selesai menghadap Agong

Thu Aug 19 2021

Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara maya di sebuah hotel di sini hari ini.

Bagaimanapun hanya 17 ahli parlimen GPS menghadap secara atas talian. Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang berada di Kuala Lumpur dijangka menghadap Agong di Istana Negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bas bawa Mustapa, Azmin tiba

Thu Aug 19 2021

12.45 tghari

Bas membawa beberapa MP, kelihatan DS Mustapa Mohamed (Jeli), DS Mohamed Azmin Ali (Gombak) dan DS Rina Mohd Harun (Titiwangsa).@501Awani #AWANInews pic.twitter.com/gnv5wZ7ddX

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Ismail Sabri boleh jadi Perdana Menteri yang baik - Ahmad Maslan

Thu Aug 19 2021

UMNO meletakkan keyakinan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi Perdana Menteri yang baik bagi memimpin negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, walaupun Ahli Parlimen Bera itu memegang jawatan ketiga dalam UMNO, namun pengalaman yang dimiliki Ismail Sabri menjadikan beliau calon yang tepat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MP BN, Bersatu selesai menghadap Agong

Thu Aug 19 2021

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bersatu selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini.

Antara yang dilihat beredar meninggalkan pekarangan Istana Negara ialah Ahli Parlimen Pekan yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diikuti Ahli Parlimen lain bermula jam 10.45 pagi tadi.

Bas membawa Ahli Parlimen Bersatu pula dilihat meninggalkan pekarangan Istana Negara jam 11.50 pagi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

MP UMNO kembali ke Menara Dato Onn

Thu Aug 19 2021

Beberapa Ahli Parlimen UMNO dari first batch ke Istana Negara pagi ini, sudah mula kembali ke Menara Dato Onn. Antara yang kelihatan:- TS Shahidan Kassim (Arau) Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands) TS Annuar Musa (Ketereh) pic.twitter.com/4mBpZFpulz

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Kenderaan bawa MP GPS beredar

Thu Aug 19 2021

Kenderaan yang dipercayai membawa Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat meninggalkan Istana Negara pada 11.53 pagi ini. pic.twitter.com/IfQ6u9GHN4

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2021

Bas bawa MP Bersatu beredar

Thu Aug 19 2021

11.49 pagi

Bas membawa MP Bersatu dilihat meninggalkan Istana Negara.

Antara yg kelihatan MP Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaffar.@501Awani #AWANInews #AWANIpagi #AWANIterkini pic.twitter.com/Z41Hd6HNlE

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Bas beredar dari Istana Negara

Thu Aug 19 2021

11.45 pagi

Bas yang pada awalnya membawa MP UMNO keluar dari Istana Negara.

Kali ini, tidak kelihatan mana-mana MP di dalamnya.@501Awani #AWANInews #AWANIterkini pic.twitter.com/LFyXmi4Cil

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Kenderaan bawa MP UMNO beredar

Thu Aug 19 2021

Beberapa kenderaan yang membawa Ahli Parlimen UMNO dilihat meninggalkan Istana Negara pada 11.39 pagi ini. pic.twitter.com/BipOAOnvs7

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2021

Annuar Musa antara yang beredar dari Istana Negara

Thu Aug 19 2021

11.38 pagi

Beberapa MP UMNO dilihat mula keluar dari Istana Negara antaranya TS Annuar Musa (Ketereh), MP Jelebu dan MP Maran.@501Awani #AWANInews #AWANI745 #AWANIterkini pic.twitter.com/Enlz9YT4Sh

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Najib, Khairy beredar dari Istana Negara

Thu Aug 19 2021

11.28 pagi

DS Najib Tun Razak dilihat keluar dari Istana Negara selepas hampir sejam memasuki Istana.

Beliau sempat melambai kepada media.

Di belakangnya turut kelihatan kenderaan membawa MP Rembau, Khairy Jamaluddin.@501Awani#AWANInews#AWANIterkini pic.twitter.com/iv62xzJDtI

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

65 NGO sokong Tun Mahathir pengerusi Majlis Pemulihan Negara

Thu Aug 19 2021

Majlis Pemulihan Negara (MPN) diperlukan bagi mengembalikan tanah air tercinta Malaysia kepada satu barisan kepimpinan Negara yang kompeten dan bertanggungjawab.

MPN akan memfokuskan kepada kemampanan ekonomi, memperkasa pendidikan, menurunkan suhu politik semasa dan memberi nafas kepada sektor kesihatan yang semakin tenat akibat kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional mengurus kes COVID-19 yang saban hari meningkat dan menakutkan.

Sehingga kini, 65 NGO berdaftar seluruh Malaysia menuntut Majlis Pemulihan Negara diadakan dan dipengerusikan oleh YB Tun Dr Mahathir Mohamad.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen UMNO, BN tiba dalam dua bas

Thu Aug 19 2021

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bersatu tiba di pintu dua Istana Negara menaiki dua buah bas pagi ini.

Antara yang kelihatan di dalam bas pertama ialah Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin; Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; dan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Manakala dalam bas kedua pula Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusoff antara yang kelihatan.

Mereka antara 114 Ahli Parlimen yang diundang bagi sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung calon Perdana Menteri ke-9.


BACA BERITA PENUH DI SINI


Ahli Parlimen GPS tiba di Istana Negara

Thu Aug 19 2021

Bas membawa Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat memasuki Pintu 2, Istana Negara pada 10.44 pagi ini.

?: Muammar pic.twitter.com/xrp2UGKo35

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2021

Ahli Parlimen UMNO dilihat masuk ke Istana Negara

Thu Aug 19 2021

10.35 pagi

Ahli Parlimen UMNO dilihat masuk ke Istana Negara.

Tiga pemimpin dilihat masuk menaiki sebuah bas, DS Shahidan Kassim, Khairy Jamaluddin, TS Annuar Musa.@501Awani #AWANInews #AWANIterkini pic.twitter.com/PIsdZyizjc

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Ahli Parlimen Bersatu tiba di Istana Negara

Thu Aug 19 2021

10.43 pagi

Bas membawa MP Bersatu dilihat memasuki Istana Negara.
Antara yg kelihatan, MP Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.@501Awani #AWANInews #AWANIpagi pic.twitter.com/6k4QEfoI11

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Najib Razak tiba di Istana Negara

Thu Aug 19 2021

Kenderaan membawa DS Najib Razak dan Ahli Parlimen lain turut dilihat masuk ke Istana Negara.@501Awani #AWANInews #AWANIpagi #AWANIterkini pic.twitter.com/ssaHmAsDRS

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Bas, kereta bawa Ahli Parlimen UMNO tiba

Thu Aug 19 2021

?? ???? ???? | ??????? ??????? ?? ?????? ??????

Sebuah bas dan lebih 10 kenderaan membawa Ahli Parlimen UMNO dilihat memasuki pintu 2, Istana Negara pada 10.38 pagi ini.

? Muammar & Lucia pic.twitter.com/wdjDIYUIem

— BERNAMA (@bernamadotcom) August 19, 2021

Bas bawa Ahli Parlimen tiba

Thu Aug 19 2021

Bas bawa Ahli Parlimen UMNO dan BN tiba di pekarangan Istana Negara pada jam 10.35 dan sebuah lagi kira-kira 10 minit kemudian.

Bas bertolak dari WTCKL

Thu Aug 19 2021

Rakan setugas @RidauddinDaud sedia menunggu pintu dua Istana Negara sementara ketibaan bas-bas yang membawa Ahli-ahli Parlimen UMNO, BN. pic.twitter.com/qwjA9ms6kG

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Liputan dari WTCKL

Thu Aug 19 2021

Bilangan Ahli Dewan Rakyat yang menyokong Naib Presiden UMNO itu dikatakan mencecah 114 orang, melebihi minimum majoriti yang diperlukan yakni 110. pic.twitter.com/xmq7gL20ep

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Persiapan dari WTCKL

Thu Aug 19 2021

Sebelum ini media melaporkan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah dipilih sebagai calon Barisan Nasional sebagai Perdana Menteri Ke-9. pic.twitter.com/x3Wp9sBFQD

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Ahli Parlimen UMNO, BN di WTCKL

Thu Aug 19 2021

Selamat pagi dari Menara Dato Onn.

Pagi ini sebilangan besar Ahli-ahli Parlimen UMNO, BN dilihat menaiki bas ke Istana Negara setelah diperkenan untuk mengadap YDP Agong.

Difahamkan ini bagi mengesahkan sokongan mereka terhadap calon PM yang dipilih melalui SD. pic.twitter.com/pZf8k5Qb3D

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 19, 2021

Pembangkang tidak terima jemputan

Thu Aug 19 2021

Morning guys! In case anyone is wondering, no, my colleagues and I didn't get any calls to go to the Palace today... Have a nice day!

— Ong Kian Ming ?? (@imokman) August 18, 2021

Peguam Negara, KSN tiba di Istana Negara

Thu Aug 19 2021

Media sudah mula berkumpul.
UPDATE:

9.24 pagi - Kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memasuki Istana Negara.

9.36 pagi - Kenderaan membawa KSN, Tan Sri Mohd Zuki Ali masuk ke Istana Negara.@501Awani #AWANInews #AWANIpagi #IstanaNegara pic.twitter.com/hQxyoIfjYf

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Wakil Rakyat lompat parti kerana kejar kedudukan

Thu Aug 19 2021

Terdapat ahli politik muda layak jadi PM - Dr Mahathir

Thu Aug 19 2021

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui terdapat ahli politik muda berbakat yang boleh diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.

Namun Ahli Parlimen Langkawi itu enggan menamakan ahli politik yang beliau maksudkan itu.


BACA BERIT PENUH DI SINI

Ada calon muda layak jadi PM - Dr Mahathir

Thu Aug 19 2021

Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9? (Bahagian 2)

Thu Aug 19 2021

Pembentukan kerajaan baharu, siapa PM ke-9? (Bahagian 1)

Thu Aug 19 2021

Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini

Thu Aug 19 2021

Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini.

Ini kerana Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mengumpul jumlah surat akuan (SD) tertinggi iaitu dengan 114 sokongan sekali gus akan mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Sesi menghadap bermula 10 pagi

Thu Aug 19 2021

Selamat Pagi Malaysia!

Hari ini, Istana Negara akan menjadi tumpuan sekali lagi.
Difahamkan 114 MP akan menghadap YDPA bermula jam 10 pagi.

Teruskan bersama @501Awani untuk perkembangan dari semasa ke semasa.#AWANInews pic.twitter.com/ja1vsjm852

— Ridauddin Daud (@RidauddinDaud) August 19, 2021

Ahli Parlimen sokong Ismail Sabri menghadap Agong hari ini - Ahmad Maslan

Thu Aug 19 2021

Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan beliau dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta parti lain diundang menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Dalam ciapan di Twitter, Setiausaha Agung UMNO itu berkata ini bagi mengesahkan sokongan Akuan Bersumpah (SD) terhadap Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-9.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Wujudkan partisipasi rentas parti, redakan suhu politik - Asyraf Wajdi

Wed Aug 18 2021

Sebelum mandat dapat diserahkan semula kepada rakyat, suhu politik negara perlu diredakan dengan membentuk kerjasama antara parti yang lebih benar, untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19.

Kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ahli politik perlu membawa titah cadangan daripada Yang di-Pertuan Agong ke satu landskap politik baharu, sekurang-kurangnya untuk tempoh singkat sebelum Pilihan Raya Umum akan datang (PRU15).


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri ialah calon pilihan PN - Ketua Pemuda PAS

Wed Aug 18 2021

Ketua Pemuda Pas Malaysia merangkap Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Khairil Nizam Khirudin, memaklumkan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri dipersetujui oleh semua pimpinan Perikatan Nasional sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Ia adalah berdasarkan kebolehan daripada pengalamannya menguruskan pandemik COVID-19 sejak memegang jawatan Menteri Pertahanan sebelum dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Julai tempoh hari.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang sedia pertimbang tawaran PN - Dr Mahathir

Wed Aug 18 2021

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedia mempertimbangkan jika Perikatan Nasional (PN) mempelawa mereka untuk menyertai Kabinet di bawah gabungan itu, kata pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita akan fikir," katanya dalam program Ruang Bicara dengan tajuk 'Mencari Malaysia Yang Lebih Baik' yang disiarkan di Bernama TV malam tadi.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli Parlimen PN dijangka menghadap Agong

Wed Aug 18 2021

Ahli Parlimen BN, PN, GPS menghadap Yang di-Pertuan Agong esok - Sumber

Wed Aug 18 2021

Semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis.

Turut dijangka hadir adalah beberapa Ahli Parlimen Bebas.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri calon paling layak diketengah sebagai PM - Ahmad Maslan

Wed Aug 18 2021

UMNO berpendapat bekas timbalan perdana menteri dan Ahli Parlimen Bera, Pahang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, adalah individu paling layak untuk dicalonkan sebagai perdana menteri.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia susulan penolakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri, selain timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Hasan tidak memenuhi kriteria, kerana berstatus Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Masih ramai bermimpi di siang hari' - Penganalisis

Wed Aug 18 2021

Ramai yang merasakan mereka boleh memerintah negara hanya melalui partinya sendiri tanpa kerjasama parti lain.

Pendapat itu diluahkan Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Hamidin Abd Hamid yang melihat ia menjadi punca utama mengapa banyak keputusan tidak tepat dibuat sebelum ini sekaligus meletakkan rakyat sebagai mangsa keadaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

'Kita tidak kecewa, itu hak GPS' - Shafie Apdal

Wed Aug 18 2021

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak kecewa dengan tindakan pemimpin dari Sabah dan Sarawak terutama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang tidak menyokong blok pembangkang untuk menerajui kerajaan baharu.

Presiden Parti Warisan itu menjelaskan, keputusan itu adalah hak GPS yang dipimpin Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: 'Musim sekarang (krisis politik) semua ada hubungi, Anwar tiada' - Abang Jo

Wed Aug 18 2021

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak hari ini mengesahkan ada dihubungi oleh pemimpin politik bagi mendapatkan sokongan GPS membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan, beliau tidak dihubungi Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: Masa hantar surat akuan bersumpah tamat 4 petang tadi

Wed Aug 18 2021

Masa untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar Surat Akuan nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi telah tamat tepat pukul 4 petang, hari ini.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: 'Yang menang, tidak menang semua, yang kalah, tidak kalah semua'

Wed Aug 18 2021

Perdana Menteri baharu yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Itu antara perkara yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pelantikan Perdana Menteri baharu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Undi percaya kepada Perdana Menteri baharu berdasarkan tauladan - Pakar Perlembagaan

Wed Aug 18 2021

Pelaksanaan usul undi percaya di Dewan Rakyat kepada Perdana Menteri ke-9 nanti dilihat mampu mengelakkan isu keabsahan terhadap pembentukan kerajaan baharu berulang.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Shamrahayu Ab Aziz berpandangan, titah oleh Yang di-Pertuan Agong itu berkemungkinan dibuat selepas mengambil kira situasi semasa politik dan tauladan yang berlaku selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac tahun lalu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kecelaruan politik akan berterusan melainkan jika ahli politik insaf - Pakar

Wed Aug 18 2021

Kecelaruan politik yang timbul kini dilihat akan berlarutan sehingga menyukarkan untuk negara menyaksikan kewujudan kestabilan politik.

Menurut Penganalisis Politik Romzi Ationg, situasi itu dijangka berterusan selagi mana ahli politik tidak menginsafi kemahuan rakyat dan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: Pas kini setuju sokong calon pilihan BN, Ismail Sabri

Wed Aug 18 2021

Kesemua 18 ahli Dewan Rakyat dari Pas bersetuju untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu telah dipersetujui selepas delegasi pimpinan parti yang beliau ketuai, selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional di Menara Dato Onn hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PH terbuka terima semula individu yang 'terlanjur' khianati gabungan - Mahfuz

Wed Aug 18 2021

Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka untuk menerima semula mana-mana ahli Parlimen yang menang di dalam Piliharan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu dengan menggunakan tiket parti itu untuk kembali bersama terutama dalam menyokong calon Perdana Menteri ke-9 dari gabungan berkenaan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar menyatakan bahawa peluang keinsafan sentiasa diberikan kepada pihak yang disifatkannya sebagai terlanjur sehingga mengabaikan mandat rakyat yang diberikan kepada PH sebelum ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

PM ke-9: GPS serah kepada kebijaksanaan Agong

Wed Aug 18 2021

Gabungan Parti Sarawak terus dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan pemilihan Perdana Menteri ke-9.

Kata Pengerusinya Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kuasa itu diserahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


BACA BERITA PENUH DI SINI 

Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing

Wed Aug 18 2021

Pemilihan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan langkah tepat dan sesuai untuk dipertimbangkan dalam pembentukan kerajaan baharu.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.

BERITA PENUH DI SINI

Calon GPS 'sesuai' pegang jawatan TPM - Masing

Wed Aug 18 2021

Pemilihan Timbalan Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan langkah tepat dan sesuai untuk dipertimbangkan dalam pembentukan kerajaan baharu.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing, ini kerana jika seseorang calon dinamakan, ia dipilih berdasarkan sokongan dalam sesebuah parti demi mencapai kestabilan.


BACA BERITA PENUH DI SINI

PM terpilih menerusi SD perlu kemuka usul undi percaya di Parlimen - Agong

Wed Aug 18 2021

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa Perdana Menteri yang dilantik hendaklah secepat mungkin mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan beliau mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan satu Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja Melayu akan diadakan pada Jumaat ini bagi membincangkan isu semasa.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Bicara kes 1MDB ditangguh 2.30 petang, Najib perlu hadir mesyuarat penting BN

Wed Aug 18 2021

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan ke 2.30 petang ini kerana bekas perdana menteri itu perlu menghadiri mesyuarat penting di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 11 pagi berhubung pilihan calon untuk jawatan perdana menteri.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Najib untuk menghentikan bicara sesi pagi pada 10.45 pagi kerana Ahli Parlimen Pekan itu perlu menghadiri mesyuarat itu.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: Pimpinan Pas dilihat berada di ibu pejabat UMNO

Wed Aug 18 2021

Beberapa pemimpin kanan Pas dilihat memasuki pekarangan ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini, pagi ini.

Antara pemimpin yang kelihatan ialah Naib Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali.


BACA BERITA PENUH DI SINI

'Jika ahli politik tetap ingkar titah Agong, mereka ini bobrok, tiada maruah dan penting diri' - Jeniri

Wed Aug 18 2021

Ahli Politik perlu mengambil serius beberapa titah amanat dan teguran Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan suatu kestabilan politik dan fokus ke arah membendung COVID-19 dan selesai krisis ekonomi.

Jelas Felo Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, sekiranya masih bercakaran dan mengendahkan titah Baginda Tuanku, maka beliau menyifatkan mereka ini bobrok, tidak mempunyai integriti, tiada maruah serta mementingkan diri sendiri.


BACA BERITA PENUH DI SINI

GPS dijangka sokong Ismail Sabri - Penganalisis politik

Wed Aug 18 2021

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka akan menyokong calon perdana menteri yang dikemukakan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Felo Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir, ia susulan kepercayaan terhadap kepimpinan PN yang menyaksikan Sarawak dan Sabah meraih pelbagai manfaat.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Pekarangan Istana Negara tenang

Wed Aug 18 2021

8.15 am: Istana Negara setakat ini masih tenang. Hari ini, hari terakhir untuk semua ahli Parlimen menghantar surat akuan nama calon Perdanq Menteri selewat-lewat jam 4 ptg. Namun, surat akaun tidak dibenarkan dihantar melalui serahan tangan. @501Awani #AWANInews #PM9 #Politik pic.twitter.com/VKL66In7X6

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 18, 2021

Teka-teki siapa PM ke-9 terjawab hari ini?

Wed Aug 18 2021

Teka-teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini

Tue Aug 17 2021

Teka teki siapa Perdana Menteri ke-9 mungkin berakhir hari ini.

Ini susulan kesemua Ahli Dewan Rakyat perlu menyerahkan satu surat akuan bersumpah untuk menamakan seorang calon Perdana Menteri seterusnya.

Surat akuan bersumpah itu perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya jam 4 petang, atau ia tidak akan diambil kira.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Terima kasih kerana pilih Ismail Sabri - Nazri

Tue Aug 17 2021

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketiika berkata demikian mengajak semua Ahli Parlimen UMNO agar melupakan sengketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.


BACA BERITA PENUH DI SINI

Rakyat menunggu wakil rakyat memilih dengan hati yang jernih

Tue Aug 17 2021

SETELAH beredar episod Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh Jemaah Kabinet PN berundur diri, kini rakyat menunggu pula wakil rakyat yang dipilih ke Parlimen membuat pilihan siapa akan menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Dari satu sisi memang memilih calon Perdana Menteri dilihat satu lagi pertarungan politik yang melelahkan. Akan tetapi memang negara memerlukan seorang nakhoda paling layak untuk melayari bahtera negara ini. Tanpa PM yang layak, berpengelaman, berwibawa dan berintegriti tinggi, sudah tentu negara ini akan hanyut dan sesat di lautan tidak bertepi dan akan hancur dipukul badai.


BACA KENYATAAN PENUH DI SINI

Calon PM ke-9: Ahli Parlimen telah hantar surat akuan bersumpah kepada Istana Negara

Tue Aug 17 2021

Beberapa Ahli Parlimen daripada pelbagai parti politik yang dihubungi petang ini mengesahkan mereka telah menyerahkan surat akuan bersumpah masing-masing kepada Istana Negara dan menyertakan nama calon pilihan untuk menjadi perdana menteri kesembilan, seperti yang diminta Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata surat akuan bersumpah beliau telah dihantar melalui e-mel pagi tadi, manakala Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran telah menghantar surat akuan bersumpah melaui e-mel dan faks pada pukul 12.30 tengah hari.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ismail Sabri calon Perdana Menteri tunggal BN - Ahmad Maslan

Tue Aug 17 2021

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pontian itu menerusi ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Jawatan PM kembali kepada UMNO?

Tue Aug 17 2021

Barisan Nasional (BN) akan mencalonkan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri seterusnya, kata beberapa Ahli Parlimen parti itu.

Mereka berkata, Ahli Parlimen Bera itu merupakan calon yang bersih, tidak mempunyai kontroversi, serta boleh diterima rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MKT UMNO serah kepada Ahli Parlimen BN untuk putuskan calon PM - Sharkar

Tue Aug 17 2021

Calon Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN) akan dibincangkan oleh Ahli-ahli Parlimen parti itu dalam mesyuarat malam ini, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Beliau berkata, ia merupakan ketetapan yang dicapai oleh mesyuarat MKT yang berlangsung lebih awal di lokasi yang sama, iaitu Menara Dato Onn.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon BN sudah ada lebih majoriti - Annuar Musa

Tue Aug 17 2021

Tan Sri Annuar Musa mendakwa seorang calon daripada Barisan Nasional (BN) telah mendapat sokongan melebihi majoriti diperlukan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Dakwanya, BN mempunyai 42 Ahli Parlimen dan bagi membolehkan calon BN dipilih, individu itu memerlukan sekurang-kurangnya 69 lagi sokongan daripada parti-parti lain menjadikan sekurang-kurangnya 111 daripada 220 Ahli Parlimen.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Shafie, Anwar dakwa ada 105 sokongan Ahli Parlimen

Tue Aug 17 2021

'Saya dan Anwar ada sokongan 105 Ahli Parlimen' - Shafie Apdal

Tue Aug 17 2021

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa dirinya dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinamakan oleh Pakatan Harapan Plus (PH) sebagai calon Perdana Menteri.

Jelas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, beliau dan Anwar perlu mendapatkan sokongan yang lebih bagi memastikan dapat membentuk kerajaan yang baharu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perdana Menteri 'caretaker' jalankan fungsi kerajaan 'caretaker' - KSN

Tue Aug 17 2021

Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' turut menjalankan fungsi sebagai kerajaan 'caretaker', demikian menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Dalam satu kenyataan hari ini mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', Mohd Zuki berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai fungsi dan peranan kerajaan 'caretaker', namun berdasarkan konvensyen dalam sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel, ia hanya berfungsi untuk mentadbir negara sehingga satu kerajaan baharu dibentuk.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Pejuang sedia kerjasama dengan semua asalkan bukan 'kluster mahkamah' - Mukhriz

Tue Aug 17 2021

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberi gambaran tidak akan memberikan sokongan kepada kumpulan kleptokrat untuk membentuk kerajaan atau memilih calon Perdana Menteri.

Jelasnya, Pejuang akan kekal dengan prinsip parti untuk memerangi rasuah.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan baharu diharap pertimbang tubuh Majlis Pemulihan Negara - Mukhriz

Tue Aug 17 2021

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengharapkan kerajaan baharu yang akan dibentuk dalam tempoh terdekat dapat mempertimbangkan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Menurut beliau, penubuhan MPN merupakan antara fokus utama Pejuang daripada berebut kuasa ketika parti-parti politik lain sedang berusaha mendapatkan sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Perjanjian CSA satu unsur salah guna kuasa

Tue Aug 17 2021

Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan, satu unsur salah guna kuasa, sogokan - Mukhriz

Tue Aug 17 2021

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan parti itu tidak bersetuju Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang hangat diperkatakan sesetengah pihak, kebelakangan ini.

Menurutnya, perjanjian itu merupakan satu unsur salah guna kuasa dan dianggap sogokan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Kerajaan Baharu: Pemimpin politik perlu akur titah Agong, jangan ugut lompat parti - Mukhriz

Tue Aug 17 2021

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengharapkan agar tiada Ahli Parlimen bertindak melompat parti apabila kerajaan baharu ditubuhkan kelak.

Jelasnya, meskipun perkara itu tidak boleh dijamin, namun setiap Ahli Parlimen perlu akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong serta menghormati mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Calon PM: MKT UMNO malam ini putuskan satu nama - Sumber

Tue Aug 17 2021

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn malam ini bakal memuktamadkan calon pilihan parti itu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Sumber dalaman parti memberitahu Astro AWANI, ia susulan titah Tuanku terhadap kesemua ketua parti di Istana Negara awal hari ni, agar mereka mencari kesepakatan dalam memastikan calon Perdana Menteri mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Nama calon Perdana Menteri boleh dihantar melalui WhatsApp - Speaker

Tue Aug 17 2021

Semua ahli Parlimen boleh mengemukakan surat akuan bagi nama calon Perdana Menteri ke-9 kepada Istana Negara melalui faks, emel serta salinan pdf melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam surat yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, beliau turut memaklumkan surat tersebut perlu dikemukakan selewat-lewatnya pukul 4 petang esok (18 Ogos) secara bertulis.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Warisan akan sokong Anwar jika berjaya dapatkan 'angka ajaib" - Azis Jamman

Tue Aug 17 2021

Parti Warisan (Warisan) sedia memberi sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya memiliki 'angka ajaib', kata Ketua Wira Warisan Datuk Mohd Azis Jamman.

Menerusi akaun Twitternya, Mohd Azis menjelaskan sekiranya Anwar gagal memperolehi 'angka ajaib' itu, Pakatan Harapan (PH) perlu memberi hak penolakan pertama (right of first refusal) kepada Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ramai bertanya apa pandangan Bersatu mengenai pembentukan kerajaan

Tue Aug 17 2021

SAYA perlu menjelaskan bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu telah berbincang mengenai hal ini pada petang 16 Ogos, sejurus selepas Tan Sri Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan.

Kita telah mengambil kira semua pandangan mengenai calon Perdana Menteri dalam mesyuarat tersebut. -- Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Permainan angka percaturan politik: Siapa Perdana Menteri ke-9?

Tue Aug 17 2021

Permainan angka, itu percaturan dan teka-teki yang bukan sahaja jadi permainan ahli politik ketika ini, tetapi juga buat penganalisa dan pemerhati politik serta rakyat Malaysia secara umumnya.

Beberapa nama disebut bakal menduduki kerusi panas Perdana Menteri yang ditinggalkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Ahli politik jangan fikir keuntungan peribadi, dendam untuk tubuh kerajaan - Penganalisis

Tue Aug 17 2021

Ahli politik digesa tidak mementingkan diri sendiri dengan mengutamakan keuntungan serta dendam peribadi, sebaliknya kembali kepada fokus utama mereka iaitu berkhidmat untuk masyarakat.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Dasar, Politik Ekonomi dan Pengajian Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, hanya aspek kemanusiaan yang mampu membawa negara ke arah pemulihan pasca pandemik.

BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong seru semua parti politik menekankan muafakat baharu - Anwar

Tue Aug 17 2021

Semua wakil politik dilihat telah mencapai satu persefahaman konsensus untuk menghentikan cara politik lama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

KLIK DI SINI UNTUK BERITA PENUH

PM baharu perlu terus jaga hak istimewa Sarawak - Abdul Karim

Tue Aug 17 2021

Sesiapa pun yang akan menjadi Perdana Menteri ke-9 nanti perlu terus menjaga hak istimewa Sarawak.

Demikian harapan Naib Presiden Parti Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah mengenai situasi hangat politik di peringkat persekutuan ketika ini. 

BACA BERITA PENUH DI SINI

Agong seru semua parti politik menekankan muafakat baharu - Anwar

Tue Aug 17 2021

Semua wakil politik dilihat telah mencapai satu persefahaman konsensus untuk menghentikan cara politik lama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dua jam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

BACA BERITA PENUH DI SINI

MPN yakin Agong dapat tangani kemelut politik

Tue Aug 17 2021

Teka-teki siapa yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara masih menjadi tanda tanya.

Pertemuan demi pertemuan diadakan pemimpin parti politik untuk mendapatkan sokongan majoriti sebelum nama calon Perdana Menteri ke-9. 

BERITA PENUH DI SINI

UMNO boleh kerjasama dengan musuh politik dalam isu rakyat - Bastien

Tue Aug 17 2021

UMNO boleh menjalankan kerjasama dengan musuh politik antaranya dalam isu faedah kepada rakyat, pemulihan Parlimen dan ekonomi negara.

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn bagaimanapun berkata, kerjasama lain termasuk penjajaran politik bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim atau DAP tidak akan berlaku seperti ditetapkan parti sebelum ini.

BERITA PENUH DI SINI 

PM kerajaan baharu perlu angkat semula 7 tawaran Muhyiddin - Sheikh Umar

Tue Aug 17 2021

Perdana Menteri kerajaan baharu kelak perlu mengangkat semula tujuh tawaran yang sudah dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, pertimbangan tujuh tawaran itu berupaya mengelakkan budaya politik yang terlalu banyak helah, strategi atau muslihat pada masa hadapan. 


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI

Presiden AMANAH Mohamad Sabu tiba

Tue Aug 17 2021

Ia kemudian disusuli dengan ketibaan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu @501Awani #AWANInews #PolitikMalaysia pic.twitter.com/UJFXnvdDst

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 17, 2021

Presiden UMNO, DS Ahmad Zahid Hamidi turut tiba bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong

Tue Aug 17 2021

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi turut tiba bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong @501Awani pic.twitter.com/dESV2mtSXl

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 17, 2021

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di pekarangan Istana Negara sekitar 1.23 tengah hari

Tue Aug 17 2021

Kenderaan dipercayai membawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man tiba di pekarangan Istana Negara sekitar 1.23 pm @501Awani pic.twitter.com/xRD9wKsXy2

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 17, 2021

Tumpuan di Istana Negara untuk majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong

Tue Aug 17 2021

Istana Negara sekali lagi jadi tumpuan apabila pemimpin parti-parti politik dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis menghadap dipercayai bermula jam 2 petang, melibatkan ketua-ketua parti politik.

BERITA LANJUT DI SINI

Warta Kerajaan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Sementara

Tue Aug 17 2021

Jabatan Peguam Negara menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2021 berhubung pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara sehingga pelantikan Perdana Menteri baharu.

Warta itu memaklumkan fungsi Muhyiddin yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab mengenai semua jabatan Kerajaan Persekutuan dan perkara yang jabatan itu bertanggungjawab sehingga pelantikan menteri lain dalam Jemaah Menteri.

BERITA LANJUT DI SINI

Pengamal media mula berkumpul di pekarangan Pintu 2 Istana Negara

Tue Aug 17 2021

Pengamal media mula berkumpul di pekarangan pintu 2 Istana Negara bagi mengikut rapat sesi sembah maklum wakil-wakil parti politik yang dijadual bermula sekitar 1.30 tengah hari ini @501Awani #AWANInews #PolitikMalaysia pic.twitter.com/pmVzynN3VO

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 17, 2021

Ahli Parlimen diarah serah surat penamaan calon PM kepada Agong esok

Tue Aug 17 2021

Semua anggota Dewan Rakyat diarahkan menghantar surat akuan kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri pilihan masing-masing.

Mereka diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang esok (18 Ogos) untuk mengemukakan surat akuan secara bertulis.

Perkara ini terkandung dalam notis yang dikeluarkan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun kepada semua Ahli Parlimen hari ini.





Takiyuddin, KSN, Peguam Negara bertemu di kediaman Muhyiddin

Tue Aug 17 2021

Kenderaan dipercayai membawa Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilihat memasuki kawasan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara.

Ia diikuti kenderaan membawa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

BACA BERITA LANJUT DI SINI

Pemimpin baharu perlu utamakan rakyat berbanding politik

Tue Aug 17 2021

Pelantikan PM: Punca kuasa, amalan, konvensyen YDP Agong

Tue Aug 17 2021

Dalam proses pelantikan Perdana Menteri, tiga perkara penting perlu difahami.

Pakar perlembagaan, Prof Datuk Shamrahayu, yang juga Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM menerangkan perkara itu di sini.

Bagaimana untuk pastikan ekonomi rakyat terjaga?

Tue Aug 17 2021

Apa itu Hung Parliament?

Tue Aug 17 2021

Bagaimana situasi yang dinamakan sebagai Hung Parliament atau Parlimen Tergantung?

Parlimen tergantung adalah situasi di mana parti politik tertentu atau gabungan sedia ada tidak mempunyai majoriti mutlak dalam Parlimen atau badan perundangan lain.

Baca lebih lanjut di sini untuk anda ketahui semuanya tentang subjek ini.

Perkembangan terkini di Pintu 2 Istana Negara

Tue Aug 17 2021

Polis mula buat persiapan di sekitar Pintu 2 Istana Negara

Tue Aug 17 2021

8.40 am: Pihak polis mula membuat persiapan di kawasan sekitar pintu 2 Istana Negara. Khemah dan balai polis bergerak turut ditempat, selain kon-kon dipasang di bahu jalan. @501Awani #AWANInews #PolitikMalaysia pic.twitter.com/GUpgp3B7vW

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 17, 2021

Wakil Astro AWANI, Hasimi Muhamad, melaporkan perkembangan dari Istana Negara

Tue Aug 17 2021

Istana Negara hari ini akan terus menjadi tumpuan kerana difahamkan wakil ketua-ketua parti akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada tengah hari ini. @501Awani akan membawakan perkembangan tersebut #AWANInews #PolitikMalaysia pic.twitter.com/3Y4EmIFrSZ

— Hasimi Muhamad (@HasimiM) August 16, 2021

'Saya tidak pernah ambil cuti' – Muhyiddin

Mon Aug 16 2021

Muhyiddin ikrar tidak akan berundur dari politik

Mon Aug 16 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, selepas peletakan jawatannya, beliau tidak akan berundur daripada arena politik.

Katanya, selepas ini, beliau akan mempunyai banyak masa dan boleh memberi lebih tumpuan kepada Bersatu.

Tambahnya, rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga akan bersamanya memperkukuh parti bagi menghadapi PRU15.

BERITA LANJUT DI SINI


Kejatuhan PN: Seolah-olah ada konspirasi, kata Muhyiddin

Mon Aug 16 2021

'Saya hanya fikir nak selesai COVID-19'

Mon Aug 16 2021

Politik Malaysia tidak boleh terus terumbang-ambing - Muhyiddin

Mon Aug 16 2021

Malaysia tidak boleh terus dibelenggu politik yang terumbang-ambing, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri sementara itu berkata, ketiadaan majoriti dalam parti politik menyumbang kepada keadaan sebegitu.

Katanya, jika selepas ini beliau menawarkan diri menjadi Perdana Menteri, perebutan kerusi tetap akan berterusan.

BERITA LANJUT DI SINI


'Rakyat mahu semua ahli politik bekerjasama ketika krisis'

Mon Aug 16 2021

Rakyat mahu semua ahli politik bekerjasama ketika negara berdepan krisis kesihatan dan ekonomi.

Penganalisis politik Prof Madya Ahmad Martadha Mohamed berkata, rakyat mahu ahli politik keluar daripada kepompong parti demi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

"Apa yang berlaku hari ini, rakyat kecewa dengan ahli politik hingga merasa tersisih dan merana," katanya kepada Astro AWANI.


Akibat nafsu politik yang tak dapat dibendung - Chandra Muzaffar

Mon Aug 16 2021

Kemelut politik yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini adalah berpunca daripada beberapa individu yang tidak dapat membendung nafsu besar politik mereka.

Demikian pendapat disuarakan Dr Chandra Muzaffar yang merumuskan, ada beberapa individu terlalu menginginkan jawatan Perdana Menteri.

Baca di sini pemerhatian beliau berhubung senario politik negara susulan perkembangan terkini peletakan jawatan Perdana Menteri.

Reezal Merican hargai peluang terajui KBS

Mon Aug 16 2021

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menghargai peluang menerajui Kementerian Belia dan Sukan selama 17 bulan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada warga sukan.

Ini bermakna, Reezal menteri kedua menerajui KBS untuk tempoh paling pendek selepas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker'

Mon Aug 16 2021

Ketahui perkembangan politik Malaysia susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-8 pada 16 Ogos, 2021.

BERITA LANJUT DI SINI

#Perdana Menteri#Muhyiddin Yassin#letak jawatan#PM Caretaker#PM sementara#Ismail Sabri
Niaga AWANI

Niaga AWANI

Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaan
AWANI Jr

AWANI Jr

AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.
Komuniti AWANI

Komuniti AWANI

Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.
AWANI Sarawak

AWANI Sarawak

Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.
Awani 7.45

Awani 7.45

Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!
Agenda AWANI

Agenda AWANI

Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
AWANI Pagi

AWANI Pagi

Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk berita
Cerita Normal Baharu

Cerita Normal Baharu

Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?
Consider This

Consider This

There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.
Notepad with Ibrahim Sani

Notepad with Ibrahim Sani

Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.
Let's Talk

Let's Talk

Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!
The Future is Female

The Future is Female

Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is Female
AWANI Review

AWANI Review

Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.
AWANI Byte

AWANI Byte

AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.
Undi Bootcamp

Undi Bootcamp

You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.
KiniTV

KiniTV

Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn Bhd
Menang Saham

Menang Saham

Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.
Kamek Anak Sarawak

Kamek Anak Sarawak

A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.
Lan Berdagang

Lan Berdagang

Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and support
Health Matters

Health Matters

Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthy
Bual Bola

Bual Bola

Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.
Week Ahead

Week Ahead

Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.
Fokus Minggu Depan

Fokus Minggu Depan

FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.
Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia

Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.
AWANI Global

AWANI Global

AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.
AWANI Tonight

AWANI Tonight

AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.