awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Calon PRU15 PN: Terima keputusan pucuk pimpinan, tidak perlu lagi merayu - Muhyiddin

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
01/11/2022
15:54 MYT
Calon PRU15 PN: Terima keputusan pucuk pimpinan, tidak perlu lagi merayu - Muhyiddin
Muhyiddin (tengah) berkata, beliau tidak mahu mana-mana pihak cuba memujuk dan merayu jika tidak dipilih pucuk pimpinan sebagai calon PRU15. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap semua pihak menerima dengan terbuka keputusan dibuat pucuk pimpinan berhubung calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi gabungan parti itu pada Selasa.
Dalam masa sama, beliau tidak mahu mana-mana pihak cuba memujuk dan merayu jika tidak dipilih pucuk pimpinan sebagai calon PRU15.
“Harap terima keputusan dengan baik hati. Sokong keputusan pucuk pimpinan untuk tentukan kemenangan kita.
“Harap lepas ini tidak ada perkara luar biasa. Tak payah nak mendayu dan merayu,” katanya selepas mengumumkan senarai calon PRU15 bagi PN di MITEC di sini pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Pengumuman calon BN dan PN
Beliau berkata, setiap keputusan dibuat pucuk pimpinan perlu disokong dengan sebaiknya memandangkan ia telah ditentukan sejak awal lagi.
“Kita orang Islam perlu terima keputusan yang telah ditentukan lebih awal sebagai satu takdir.
“Harap semua beri sokongan penuh supaya kita memperoleh kemenangan,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#calon PN
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan