POLITICS
Chean Chung kemukakan rayuan keputusan pemilihan PKR Selangor
Rayuan dibuat selepas Chean Chung menerima panggilan dan mesej daripada pihak yang mempersoalkan ketelusan keputusan dan proses pemilihan.
SHAH ALAM: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chean Chung akan mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung keputusan pemilihan parti bagi cabang Petaling Jaya yang diumumkan pada Ahad.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, keputusan untuk mengemukakan rayuan dibuat selepas beliau menerima pelbagai panggilan dan mesej daripada pihak yang mempersoalkan ketelusan keputusan serta proses pemilihan tersebut.
“Selepas berbincang bersama pasukan, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan rayuan rasmi kepada JPP.
“Kami yakin PKR sebagai parti reformasi mempunyai sistem yang adil. Melalui proses ini, kami berharap segala keraguan dapat dijelaskan demi menjaga hak semua ahli parti secara adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Chean Chung memperoleh 2,684 undi, namun tewas kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Hee Loy Sian, yang memperoleh 2,900 undi dalam pemilihan cabang tersebut.
Mengulas lanjut, Chean Chung berkata demokrasi bukan sekadar berkisar kepada keputusan, tetapi turut merangkumi proses yang telus dan berintegriti.
“Terima kasih kepada semua yang terus menyokong saya dalam perjalanan ini. Kita akan terus mara dengan semangat reformasi demi perjuangan yang adil, telus dan terbuka untuk semua.
“Kita kini menunggu keputusan bantahan,” tambahnya. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Lee Chean Chung akan mengemukakan rayuan rasmi kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung keputusan pemilihan cabang Petaling Jaya.
- Rayuan dibuat kerana terdapat persoalan mengenai ketelusan keputusan dan proses pemilihan.
- Lee berharap proses rayuan akan menjelaskan keraguan dan memastikan hak ahli parti dijaga dengan adil dan saksama.