awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca baik pada 9 Mei, tiada masalah untuk keluar mengundi

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2018
12:45 MYT
Cuaca baik pada 9 Mei, tiada masalah untuk keluar mengundi
Ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung diramal pada sebelah petang, antaranya di Pulau Pinang dan di beberapa tempat di Johor.
Rakyat Malaysia dijangka tidak berdepan masalah untuk keluar mengundi Rabu ini apabila ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menunjukkan cuaca cerah di kebanyakan negeri.
Menerusi laman webnya, MET Malaysia bagaimanapun meramalkan ribut petir, hujan sekejap-sekejap dan mendung pada sebelah petang, antaranya di Pulau Pinang dan di beberapa tempat di Johor.
Antara lokasi tersebut ialah Segamat, Labis, Ledang, Kluang, Pagoh, Bakri, Simpang Renggam dan Sembrong. BACA. FAHAM. UNDI: LAPORAN KOMPRHENSIF PRU14 & KEPUTUSAN PRU LALU DI SINI
Mereka yang berada di lokasi terbabit dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi.
Bagi warga Kuala Lumpur, Labuan serta Melaka, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang.
Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula, cuaca dijangka baik pada pagi dan petang, kecuali di satu dua tempat yang akan mengalami ribut petir.
Topic Berkaitan
#cuaca
#hujan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#Malaysia
#Malaysia Memilih
#mendung
#mengundi
#ramalan cuaca
#ribut petir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan