awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cucuk, bakar dan kipas, hentikan politik 'sate' - Zahid

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/08/2015
14:05 MYT
Cucuk, bakar dan kipas, hentikan politik 'sate' - Zahid
Ahmad Zahid kecewa melihat ada antara ahli UMNO terutama di peringkat cawangan yang mengamalkan sifat sedemikian.
"Jangan amalkan politik sate, kita (di UMNO) tidak mahu (ada ahli) tukang bakar, tukang cucuk dan tukang kipas," demikian tegas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri kecewa melihat ada antara ahli UMNO terutama di peringkat cawangan yang mengamalkan sifat sedemikian.
Jelas Ahmad Zahid, dalam saat politik negara sedang tegang, seharusnya ahli UMNO mengukuhkan parti dan bukan melaga-lagakan kepimpinan parti.
"Tetapi nak jadi sate daging itu mesti potong kecil-kecil, ambil lidi cucuk, lepas dicucuk diletakkan atas api, mesti dibalikkan.
"Api akan bakar (sate) kiri kanan atas bawah. Dia tak (bakar) seimbang, (jadi) kena seimbangkan. (Maka) kena ada tukang kipas. Tukang itulah dalam politik tu yang bahaya tukang kipas ni," katanya sambil berseloroh ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kepong di sini, hari ini.
BACA: 1MDB: Lihat profesionalisme polis, tangkapan bukan semberono - Zahid
Ahmad Zahid yang menyingkap kisah perjalanan politik beliau sebelum ini turut mengakui pernah merasai apa yang dirasai oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya pernah di'ISA'kan (tindakan menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri). Saya meletakkan jawatan ketika dalam tahanan. Saya dipecat daripada Pengerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) pada ketika itu.
"Saya dipaksa meletakkan jawatan dalam empat syarikat yang bukan kena mengena dengan UMNO pun. CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sebuah syarikat disenarai dan pengerusi eksekutif dan pengerusi tiga lagi syarikat disenarai. Saya hilang segalanya, saya habis semua sekali," katanya.
Bagaimanapun tegas Ahmad Zahid, satu yang masih tinggal pada dirinya; jiwa perjuangan yang kental mahu terus berada di dalam UMNO, itu yang terbaik.
"Itulah yang ada pada Tan Sri Muhyiddin. Kekentalan jiwanya untuk terus bersama dengan UMNO sebagai Timbalan Presiden akan terus berjuang di dalam UMNO.
"Inilah semangat yang ada pada beliau dan semangat yang ada pada saya dan kita berkongsi semangat ini untuk mempertahankan UMNO. Tahniah untuk Tan Sri Muhyiddin," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid juga mahu ahli UMNO untuk terus bersama kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak terutama dalam menghadapi situasi politik yang genting pada ketika ini.
"Budaya UMNO tidak pernah mencampakkan nakhoda kapal ke laut. Kita mesti bersama-sama dengan nakhoda kapal itu supaya kapal boleh terus belayar.
"Apabila gelombang telah berlalu dan apabila ribut kencang tiada lagi semangat ini yang harus ada pada kepimpinan, yang harus ada pada ahli-ahli UMNO dari peringkat akar umbi hingga peringkat nasional," katanya.
Justeru, Ahmad Zahid melihat, telah tiba masanya untuk semua ahli UMNO tidak kira dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat nasional untuk mengamalkan kebersamaan yang menjadi teras selama ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Muhyiddin
#Timbalan Perdana Menteri
#Timbalan Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan