Dakwa ada sokongan, kalau Muhyiddin menafikan, terserahlah - Shafie Apdal

Alexion Mairin
Jun 7, 2022 11:40 MYT
Ahli Parlimen Semporna itu menjelaskan, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memberitahu perkara itu menerusi perbualan telefon dengannya sebelum ini.
KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kenyataannya bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah memaklumkan mempunyai 119 sokongan Ahli Parlimen.
Ahli Parlimen Semporna itu menjelaskan, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu memberitahu perkara itu menerusi perbualan telefon dengannya sebelum ini.
"Kita berbicara menerusi perhubungan (panggilan) telefon. Dia ada menyebut dengan saya bahawa (beliau) ada sokongan 199 (ahli parlimen).
"Dia (Muhyiddin) juga menyatakan kepada saya, dia sudah berbincang dengan Anwar, Anthony Loke untuk membentuk kerajaan.
"So keadaan ini, kita dapat melihat kalau dia menafikan terserahlah...," katanya pada sidang media di Kota Kinabalu pada Selasa.
Ahad lalu, Muhyiddin menafikan pernah memberitahu atau mengesahkan kepada sesiapa bahawa telah mendapat cukup sokongan ahli parlimen untuk dilantik menjadi perdana menteri semula.
Muhyiddin bagaimanapun mengesahkan bertemu beberapa pemimpin parti politik selain Barisan Nasional (BN) tetapi menjelaskan perkara yang dibincangkan adalah untuk merintis persefahaman bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
#Shafie Apdal #sokongan Ahli Parlimen #Muhyiddin Yassin #penafian sokongan