awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan akan jejaskan UMNO dalam pilihan raya umum - Salleh

Bernama
Bernama
27/11/2015
15:17 MYT
Dakwaan akan jejaskan UMNO dalam pilihan raya umum - Salleh
SALLEH: Salleh berkata satu daripada tradisi parti yang dilanggari adalah mendakwa presiden mencuri RM42 bilion sedangkan ia bukanlah begitu. -Gambar fail
Percubaan untuk menjatuhkan presiden UMNO menerusi dakwaan yang sengaja direka-reka akan menjejaskan keseluruhan parti selain mengakibatkan UMNO berdepan risiko kalah dalam pilihan raya umum, kata seorang pemimpin UMNO Sabah hari ini.
Ketua UMNO bahagian Kota Belud yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said berkata ini sudah tentu tidak selari dengan tradisi parti.
"Jika kita ingin bercakap tentang mengekalkan tradisi parti dan tidak menjauhkan diri daripada tradisi parti, maka kita perlu melihatnya secara keseluruhan dan tidak mengambilnya sedikit demi sedikit mengikut apa yang sesuai dengan kita," katanya dalam blog sskeruak.blogspot.my hari ini.
Salleh berkata satu daripada tradisi parti yang dilanggari adalah mendakwa presiden mencuri RM42 bilion sedangkan ia bukanlah begitu.
Sementara itu, beliau berkata perasmian persidangan tiga sayap pada Perhimpunan Agung UMNO oleh timbalan presiden parti merupakan satu tradisi dan hanyalah keistimewaan yang diberi kepada beliau.
"Ia bukan satu hak. Dan ketika hak tidak boleh diambil daripada sesiapa, keistimewaan pula perlu diperoleh. Dan keistimewaan boleh hilang jika disalahgunakan. Itu sebenar caranya," katanya.
Majlis Tertinggi UMNO dalam mesyuaratnya Selasa lepas memutuskan bahawa persidangan tiga sayap UMNO - Wanita, Pemuda dan Puteri - akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing susulan cadangan daripada sayap terbabit.
Topic Berkaitan
#blog
#majlis tertinggi
#pilihan raya umum
#risiko kalah
#salleh said
#sskeruak
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan