awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan beli anugerah hanya fitnah murahan sang serangga perosak - Zambry

Shafiq Noordin
Shafiq Noordin
01/11/2017
09:09 MYT
Dakwaan beli anugerah hanya fitnah murahan sang serangga perosak - Zambry
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan trofi 'The Brandlaurate Brand Icon Leadership Awards' kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua, kiri) pada majlis Ogos lalu. - Foto fail Bernama
Tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) Perak yang meneruskan dakwaan mereka berhubung isu anugerah Ikon 'The Brandlaureate' diterima Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir disifatkan sebagai taktik murahan yang diamalkan oleh kumpulan “serangga perosak”.
Dr Zambry berkata, kumpulan tersebut sebelum ini telah pun merosakkan sebuah parti dari dalaman dan kini cuba melakukan kerosakan di tempat lain dengan menggunakan isu anugerah berkenaan.
“Saya melihat mereka ini terlalu terdesak dan sangat menjengkelkan kerana mereka datang dari kumpulan politikus yang pernah merosakkan satu parti dari dalam satu ketika dulu.
“Mereka ini ibarat serangga perosak atau anai-anai yang pernah merobohkan sesuatu bangunan dan kini apabila sudah keluar cuba melakukan kerosakkan di tempat lain,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini pada Rabu.
Malah tambah beliau, bahasa yang digunakan oleh Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi juga mencerminkan peribadi sebenar pemimpin-pemimpin “serangga perosak” tersebut.
“Beliau (Asmuni) dalam satu sidang medianya sebelum ini katakan jawapan saya macam orang mabuk "todi", adakah ini bahasa yang digunakan seorang pemimpin parti yang kononnya akan membawa perubahan? Sering bercakap berkenaan Islam tetapi perkataan yang digunakan amat biadab dan kasar.
“Ini menampakkan sangat betapa terdesaknya mereka ini untuk membunuh karakter saya sehinggakan sanggup melakukan dan mengeluarkan kata-kata begini,” ujar beliau.
Justeru Dr Zambry berharap rakyat dapat menilai tindak tanduk kumpulan berkenaan yang sengaja mewujudkan fitnah untuk menidakkan pencapaian cemerlang kerajaan negeri mentadbir Perak selama ini.
“Saya harap rakyat buat penilaian kepada keperibadian sebenar yang ditunjukkan oleh mereka ini, sebelum ini mereka lakukan perkara sama dalam Pas, sekarang mereka cuba buat semula di tempat lain.
“Mereka gambarkan seolah-olah saya gila hendak pengiktirafan, saya tak perlukan itu semua sebenarnya namun ia adalah pengiktirafan tulen yang diberikan kepada kita dan kerajaan negeri,” katanya.
Baru-baru ini, Asmuni melalui satu sidang medianya telah mendakwa pemberian anugerah The BrandLaureate Nation Building Brand ICON Leadership Award-Game Changer Icon yang diberikan kepada Dr. Zambry pada Ogos lalu, dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MB Inc).
Namun dalam satu kenyataan balas susulan sidang media berkenaan, The BrandLaureate Sdn Bhd (BrandLaureate) menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai fitnah dan suatu bentuk penghinaan.
Brandlaureate turut meminta Asmuni memohon maaf kepada organisasi berkenaan yang mana sehingga kini tiada permohonan maaf telah dibuat.
Topic Berkaitan
#Islam
#Malaysia News
#Menteri Besar
#Parti Amanah Negara
#PAS
#Perak
#Perbadanan Menteri Besar
#politik
#serangga perosak
#The Brandlaureate
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan