awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu

Sinar Harian
Sinar Harian
08/08/2023
11:48 MYT
Dakwaan gangguan seksual: Peja lantik peguam lindungi daripada laporan palsu
Faizal telah membuat laporan polis pada 24 Julai lalu apabila tersebarnya dakwaan berkenaan dan pengadu juga telah menarik balik laporan pada hari yang sama laporan itu dibuat. - Gambar fail
SHAH ALAM : Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggunakan khidmat peguam bagi mendapatkan nasihat untuk melindunginya daripada laporan palsu.
Menurutnya, tindakan itu dibuat susulan dakwaan beliau membuat gangguan seksual terhadap seorang wanita baru-baru ini.
“Sebelum meneruskan tindakan sivil terhadap pengadu, saya akan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan mereka ke atas laporan tersebut supaya tidak menghalang tugasan efektif yang sedang dilakukan.
“Saya ingin merakamkan di sini bahawa laporan polis dibuat dengan tujuan memastikan tuduhan-tuduhan palsu dan tidak berasas ini diperiksa dengan teliti dalam usaha mencegah rosaknya reputasi seseorang yang tidak bersalah.
“Saya membuat laporan ini untuk memastikan insiden seperti membuat laporan palsu ini dihukum berat oleh undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Faizal telah membuat laporan polis pada 24 Julai lalu apabila tersebarnya dakwaan berkenaan dan pengadu juga telah menarik balik laporan pada hari yang sama laporan itu dibuat.
Ujar beliau, laporan polis yang dibuat bertujuan untuk membentuk satu persekitaran di mana seseorang mangsa tidak sekali-kali takut untuk melaporkan situasi mereka tanpa bimbang akan tindakan balas dendam atau keraguan daripada mana-mana pihak.
“Saya ingin menjelaskan bahawa saya berdiri teguh dengan sesiapa sahaja yang menjadi mangsa gangguan seksual dan menyokong hak mereka untuk tampil ke hadapan dan menuntut keadilan.
“Adalah penting untuk kita bertindak menentang laporan palsu untuk mengukuhkan kredibiliti dakwaan-dakwaan yang tulen. Saya mempunyai keyakinan penuh dengan kewibawaan polis dan akan terus membantu mereka dalam siasatan ini,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Ahmad Faizal Azumu
#lantik peguam
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan