awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan 'pengundi hantu': Konvensyen DAP Perak kecoh

Aida Aziz
Aida Aziz
14/03/2021
05:44 MYT
Dakwaan 'pengundi hantu': Konvensyen DAP Perak kecoh
Difahamkan dakwaan itu timbul apabila pihak penganjur terus membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa yang ditetapkan. - Foto BERNAMA
IPOH: Suasana di sekitar Konvensyen DAP negeri Perak hari ini kecoh apabila timbul dakwaan berlaku penipuan jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi ahli jawatankuasa DAP negeri.
Kekecohan itu berlaku di luar dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC) di sini, sejurus berakhir ucapan alu-aluan daripada Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Difahamkan dakwaan itu timbul apabila kumpulan dipercayai memihak Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran mengatakan pihak penganjur terus membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa yang ditetapkan.
[TERKINI] Pemilihan DAP Perak kecoh, dakwa wujud pengundi hantu
Menurut salah seorang jurucakap dari kumpulan Kula dan Thomas Su yang enggan dikenali, pendaftaran perwakilan yang akan mengundi itu sepatutnya hanya dibenarkan sehingga pukul 11.30 pagi.
"Apa yang menghairankan apabila pendaftaran terus dibuka sehingga melepasi jam 12 tengah hari.
"Kami percaya ini merupakan satu penipuan dan taktik untuk membenarkan lebih ramai perwakilan mengundi. Kami percaya wujud 'pengundi hantu' pada pemilihan kali ini," katanya.
Konvensyen kali ini menyaksikan penentangan secara terbuka terhadap kepimpinan Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming di Perak oleh gandingan Kula dan Thomas Su.
Terdahulu, kumpulan tersebut melaungkan perkataan "penipu" dan "letak jawatan" sebelum petugas keselamatan berjaya mengawal kekecohan.
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#Nga Kor Ming
#DAP
#Konvensyen DAP negeri Perak
#konvensyen DAP kecoh
#Politik Malaysia
#thomas su
#M Kula Segaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan