Dakwaan kononnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah kehilangan sokongan dan kepercayaan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan adalah fitnah dan bertujuan untuk meraih perhatian semata-mata, kata Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu turut berkata bahawa dakwaan yang dibuat oleh pembangkang bahawa kerajaan PH kini berada di dalam fasa kematian juga adalah fitnah dan tidak berasas.
"Dakwaan pembangkang ini adalah fitnah, semua parti dan pemimpin komponen PH menyokong penuh kepimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri, isu Tun (Dr Mahathir) tidak mendapat sokongan serta berseorangan adalah tidak betul," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita Cabang PKR Selangor, di sini, pada Ahad.
Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ketua Wanita PKR Haniza Mohamed Talha, dan Ketua Wanita PKR Selangor Dr Doroyah Alwi.
Tambah Zuraida semua menteri kabinet turut bekerjasama rapat serta memberi sokongan kepada Dr Mahathir untuk mentadbir negara.
"Saya selaku menteri memberi sokongan penuh kepada Tun, selaku menteri kabinet, saya mesti sokong dan laksanakan tugas yang diamanahkan.
"Semua menteri memikul tanggungjawab sama dan semua juga sudah mengangkat sumpah sebagai seorang menteri jadi, semua menteri kena jalankan tugas sebaiknya," katanya.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa PH kini sedang dalam fasa kematian politik secara senyap atau dipanggil sebagai politik gangren.
Beliau berkata, politik gangren itu semakin menjadi kenyataan kerana dari semasa ke semasa PH terus dilanda konflik.
Sementara itu, Amirudin ketika mengulas perkara yang sama berkata pembangkang yang semakin kehilangan sokongan sementara sokongan terhadap Dr Mahathir semakin bertambah.
"Ramai penyokong pembangkang kini menyokong PH, malah wakil rakyat Barisan Nasional juga banyak yang melompat menyertai PH, jadi Ahmad Zahid perlu cermin diri sendiri dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019
Zuraida berkata bahawa dakwaan yang dibuat oleh pembangkang bahawa kerajaan PH kini berada di dalam fasa kematian juga adalah fitnah dan tidak berasas. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Laporan polis dibuat terhadap penceramah, didakwa fitnah Fadhlina
Laporan polis dibuat Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah dan Ketua AMK Cabang Seremban, Mohamad Afif Anuar.
Israel jangan perasan! - Saifuddin Nasution
Kopitiam Malaya menerusi laman X membangkitkan persoalan sama ada Israel akan jadikan Malaysia destinasi pengecualian visa.
Setiausaha Akhbar, UKK perlu rangka naratif lawan fitnah, tipu daya - PM
Ia untuk menangkis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menangguk di air keruh terhadap usaha kerajaan merungkai masalah rakyat.
Hati-hati penipuan pelaburan, fitnah media sosial - Fahmi
Beliau berkata masyarakat perlu peka dan membuat semakan terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan yang mencurigakan.
Turunkan hantaran, buat permohonan maaf - Wan Ahmad Fayhsal
Ketua Armada Bersatu itu berkata, sekiranya hantaran itu tidak diturunkan, tindakan undang-undang akan diambil.
Shamsul Iskandar hantar notis kepada Chegubard, tuntut ganti rugi RM5 juta
Peguam Datuk SN Nair berkata , anak guamnya menuntut Badrul Hisham menarik balik hantaran di Facebook itu dengan serta-merta.
Fitnah mahu cemar nama baik PMO - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar akan menghantar notis tuntutan kepada Che'GuBard berhubung fitnah kononnya PMO sudah menjadi lubuk korupsi.
Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat
Tiong cabar pihak yang yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.