awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP bukan parti anti Melayu - Anthony Loke

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
17/03/2021
21:27 MYT
DAP bukan parti anti Melayu - Anthony Loke
LOKE: Dalam perlembagaan parti, dalam asas perjuangan, kita tidak pernah menyatakan bahawa kita anti kepada mana-mana kaum. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukan diasaskan untuk menentang orang Melayu.
Demikian ditegaskan Anthony Loke Siew Fook, yang merupakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP.
Katanya, perlembagaan serta asas perjuangan parti itu tidak sama sekali mencerminkan yang DAP anti terhadap kaum Melayu atau mana-mana kaum.
Ujar Ahli Parlimen Seremban itu, sentimen atau pandangan berkenaan hanya sekadar tohmahan yang dilempar bagi memburukkan imej DAP kepada masyarakat.
"Saya nak minta sesiapa yang ada syak wasangka, cuba baca perlembagaan parti yang kita letakkan dalam laman sesawang DAP.
"Dalam perlembagaan parti, dalam asas perjuangan, kita tidak pernah menyatakan bahawa kita anti kepada mana-mana kaum.
"Malah, apabila DAP ditubuhkan, pengasasnya adalah daripada pelbagai kaum. Dari pucuk pimpinan parti, kita sudah ada penglibatan dari kaum Melayu termasuk dari kalangan wakil rakyat," katanya.
Jelasnya, cerminan buruk yang diberikan terhadap DAP adalah propaganda yang menyatakan bahawa parti itu merupakan lawan buat masyarakat Melayu.
Beliau berkata demikian dalam sebuah program khas bersempena ulang tahun ke-55 DAP yang berlangsung secara dalam talian pada Rabu.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Parti Tindakan Demokratik
#DAP
#DAP bukan anti Melayu
#ulang tahun ke-55
#perlembagaan parti
#asas perjuangan
#anti Melayu
#tohmahan
#pengasas
#pelbagai kaum
#propaganda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan