awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
Keputusan STAM 2025 sangat membanggakan - Fadhlina
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP diminta hormati pendirian PAS - Ketua Pembangkang DUN Perak

Bernama
Bernama
25/06/2015
10:30 MYT
DAP diminta hormati pendirian PAS - Ketua Pembangkang DUN Perak
Salman berkata mengekalkan jawatan Mohammad Nizar bukanlah jalan terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara PAS dan DAP. - Gambar Fail
DAP diminta menghormati pendirian PAS berikutan kedudukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dilihat tidak lagi wajar.
Ketua Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur, Salman Saleh berkata Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur tidak bersetuju dengan pendirian DAP yang masih mengekalkan jawatan Mohammad Nizar sebagai Ketua Pembangkang.
"PAS mempunyai lima ADUN (Anggota Dewan Undangan Negeri), begitu juga dengan PKR, dan hal ini mustahil untuk mengekalkan Mohammad Nizar sebagai Ketua Pembangkang.
"Tambahan lagi dalam keadaan sekarang, beliau bukan lagi memegang jawatan utama dalam PAS. Hal ini perlu diambil kira oleh DAP," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata kedudukan Mohammad Nizar perlu dinilai semula dan diserah kembali kepada DAP.
"Kami mendesak agar Badan Perhubungan PAS Negeri Perak menasihati beliau (Mohammad Nizar) agar melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan menyerahkan kembali kepada DAP atau ADUN PKR.
"Jika DAP masih mahu kerusi Ketua Pembangkang DUN ini kekal kepada PAS, biar PAS atau Majlis Pimpinan PR (Pakatan Rakyat) yang menentukan siapa yang paling layak mendudukinya," kata beliau.
Salman berkata mengekalkan jawatan Mohammad Nizar bukanlah jalan terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara PAS dan DAP.
Topic Berkaitan
#Dewan Undang Negeri Perak
#Mohammad Nizar Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan