awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Warga emas maut dilanggar pemandu mabuk
[TERKINI] Naik gaji penjawat awam bukan kerana didesak - PM Anwar
Polis tahan tiga individu, rampas senjata api, amunisi tanpa lesen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan

Bernama
Bernama
05/07/2022
09:30 MYT
DAP jangka PRU15 diadakan tahun depan
Loke berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: DAP menjangka Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun depan, kata setiausaha agungnya Anthony Loke.
Beliau berkata ruang bagi kemungkinan PRU15 diadakan tahun ini agak terhad, kerana ia tidak mungkin diadakan dalam masa terdekat semasa kerajaan sedang jenuh menangani isu inflasi, yang akan mengambil masa selama beberapa bulan.
"Ruang berikutnya mungkin selepas pembentangan Bajet 2023, namun tempoh hujung tahun ini juga mungkin tidak akan diadakan pilihan raya disebabkan musim hujan," katanya kepada editor kanan media di mesyuarat Concorde Club di sini hari ini.
Katanya beliau berpendapat PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri tahun depan (April), atau mungkin juga lebih awal.
Tempoh penggal semasa Parlimen tamat pada Julai tahun depan.
Merujuk kepada penggunaan logo bagi pakatan pembangkang pada PRU itu nanti, Loke berkata tiada keputusan dibuat berhubung perkara berkenaan setakat ini, dan beliau berharap ia dapat dimuktamadkan bulan depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#DAP
#tahun depan
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan