DAP Sarawak kekal guna lambang 'roket'

Astro Awani
April 9, 2018 08:19 MYT
DAP Sarawak memutuskan untuk menggunakan logo 'roket' untuk Pilihan Raya Umum ke-14.
DAP Sarawak memutuskan untuk kekal menggunakan logo 'roket' untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, perkara tersebut telah dipersetujui semua ahli komponen Pakatan Harapan (PH) negeri dalam mesyuarat hari ini.
"Di Sarawak, keputusan penggunaan logo memang ditetapkan oleh kami.
"Jadi, kami memilih untuk menggunakan lambang 'roket' yang lebih dikenali penyokong kami di sini," katanya.
Tambahnya, ini kerana akses kepada informasi adalah lebih terhad di Sarawak dan ini menyukarkan usaha DAP Sarawak untuk menyampaikan mesej kepada pengundi mereka sekiranya mereka bertanding di bawah logo PKR.
BACA: DAP, PKR Sabah guna logo masing-masing PRU14
BACA. FAHAM.UNDI: Layari laman #MalaysiaMemilih untuk liputan PRU14 yang komprehensif
Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak pula akan menggunakan logo PKR.
Pengagihan kerusi Parlimen Sarawak juga telah ditetapkan tiga parti komponen di sana dimana PKR akan bertanding di 16 kerusi, DAP akan bertanding di sembilan kerusi manakala Amanah akan bertanding di 6 kerusi.
#Amanah #Chong Chieng Jen #DAP #logo #Mahathir Mohamad #MalaysiaMemilih #Pakatan Harapan #PKR #PPBM #PRU 14 #roket