awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DAP tidak tolak kerjasama dengan UMNO - Anthony Loke

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2022
04:56 MYT
DAP tidak tolak kerjasama dengan UMNO - Anthony Loke
Bagaimanapun, Anthony Loke menegaskan sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: DAP tidak akan menolak untuk bekerjasama dengan UMNO kerana apa sahaja boleh berlaku dalam politik, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.
Menurut beliau, politik Malaysia telah mengalami perubahan drastik sejak pilihan raya umum 2018, terutamanya dengan ketiadaan parti tunggal yang dominan.
Bagaimanapun, Loke menegaskan, sebarang kerjasama hanya akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Saya tak tolak (sebarang kemungkinan) kerana apa yang penting adalah kita (semua pihak) mesti berasaskan agenda,” katanya dalam satu temubual bersama portal FMT.
“Apa yang penting bagi DAP adalah kami mahu kukuhkan PH (Pakatan Harapan). Kami mahu desak reformasi. Agenda utama kami ialah tadbir urus yang baik, dan kami juga mahu lihat lebih integriti dalam kerajaan, serta rasuah diperangi.”
Beliau turut memberitahu, DAP terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda sama.
Berhubung pendirian DAP mengenai calon Perdana Menteri, Loke berkata, parti itu teguh berdiri di belakang Anwar walaupun beliau tidak menolak keperluan untuk bertolak ansur jika tiada parti mendapat majoriti jelas selepas PRU15.
“Sudah tentu, pendirian sekarang adalah Anwar, sebagai pemimpin PH, menjadi pilihan semula jadi, tetapi saya rasa (siapa calon PM) sangat bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang.
“Jika PH boleh menang dengan majoriti jelas, maka sudah tentu beliau (Anwar) akan jadi PM,” katanya.
Topic Berkaitan
#DAP
#UMNO
#Anthony Loke
#DAP kerjasama UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan