KUALA LUMPUR:Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID-19 semakin mengganas dan 'politiking' yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat, demikian menurut pakar perlembagaan.
Mereka berpendapat dengan Proklamasi Darurat yang diisytihar pada Selasa, 100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.
Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Proklamasi Darurat merupakan langkah yang sangat baik, kerana ia juga dapat mengendur dan 'merehatkan' ketegangan politik sekali gus memberi peluang kepada usaha-usaha memerangi COVID-19.
"Pertamanya, pengisytiharan darurat ini adalah satu langkah yang amat tepat bagi memastikan usaha membendung wabak COVID-19 dapat dilaksanakan dengan cepat, tegas dan menyeluruh, tanpa terikat dengan sekatan-sekatan di sudut pentadbiran atau birokrasi.
"Secara tidak langsung, ia juga dapat memastikan tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini...saya percaya ia bagi memastikan seluruh pemimpin politik dan juga rakyat memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu COVID-19, masalah ekonomi dan masalah kesempitan hidup, bukannya kepada kemelut politik di dalam negara," katanya.
BACA: Teks penuh Pengumuman Khas Darurat oleh PM Muhyiddin
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Beliau berkata memandangkan darurat boleh bertindak sebagai mekanisme untuk mengelak berlakunya sebarang bentuk pilihan raya, ia adalah amat relevan memandangkan akan berlakunya aktiviti kempen dan pergerakan pengundi yang boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 sekiranya pilihan raya diadakan.
"Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang inginkan pilihan raya dijalankan segera atau ingin mengambil alih kerajaan dalam waktu COVID-19 sedang memuncak...saya percaya langkah pengisytiharan darurat ini sekali gus memberikan ketenteraman politik sekurang-kurangnya sehingga 1 Ogos depan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat bagi mengekalkan konsep semak dan imbang, adalah tidak salah sekiranya persidangan Parlimen tetap diteruskan sepanjang darurat bagi memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pandangan rakyat bawahan.
"Jika diadakan sidang Parlimen, saya percaya tidak akan timbul cadangan untuk usul tidak percaya atau seumpamanya kerana masing-masing memahami fokus yang perlu diberikan iaitu bagi menyelesaikan masalah yang lebih besar ini.
"Walaupun demikian, kerajaan tetap mempunyai hak sama ada untuk menangguhkan sidang Parlimen atau mengubah kaedah persidangan dengan cara persidangan dalam talian, menggunakan ordinan-ordinan tertentu atau Ordinan Darurat sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19 akibat persidangan berkenaan," katanya.
Muhammad Fathi juga menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas sebagai langkah yang sangat baik bagi memastikan darurat benar-benar bertujuan untuk menangani wabak dan bukannya untuk tujuan politik.
Kewujudan wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu menunjukkan keseriusan kerajaan memastikan ia tidak menjejaskan proses demokrasi.
Dalam pada itu, pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata meskipun enam negeri sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun darurat tetap diisytiharkan memandangkan ia dapat menangani situasi pandemik yang berada pada tahap kritikal, dengan lebih pantas.
"Darurat memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dan Eksekutif untuk membuat undang-undang dengan segera serta mengambil tindakan drastik untuk mengatasi ancaman sekarang.
"Undang-undang yang lebih ketat daripada PKP boleh dibuat melalui Ordinan Darurat, misalnya ordinan boleh dibuat untuk menaikkan kompaun kepada mereka yang ingkar arahan daripada RM1,000 kepada jumlah yang lebih besar, malah perintah penahanan sementara juga boleh dibuat," katanya.
Nik Ahmad Kamal yang juga Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara berkata dalam keadaan jangkitan yang nampak sukar dikawal, ditambah tekanan yang dialami oleh hospital dan 'frontliners' di perkhidmatan kesihatan, pengisytiharan darurat adalah cara yang paling berkesan.
"Darurat boleh diisytihar dalam keadaan keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam dan dalam konteks COVID-19, semua elemen untuk pengisytiharan darurat itu wujud...jangkitan COVID-19 bertambah setiap hari, hospital tertekan dengan jumlah pesakit yang bertambah, rakyat bimbang untuk bebas dengan aktiviti mereka, ekonomi terjejas kerana perniagaan terpaksa dikawal dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pengisytiharan darurat itu juga sebagai langkah pencegahan segera bagi mengatasi peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini.
"Apa yang membezakannya sebagai contoh pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sarawak sebelum ini iaitu untuk menangguhkan Pilihan Raya Kecil dan darurat yang diumumkan hari ini lebih kepada memutuskan penyebaran COVID-19," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Petang Ini yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV pada Selasa.
Shamrahayu berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mempunyai hak untuk memperkenankan selama mana tempoh darurat itu dilaksanakan.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. - Gambar fail

Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout mampu ubati COVID-19
Ujian klinikal menunjukkan Colchicine berjaya mengurangkan 21 peratus risiko kematian atau dimasukkan ke hospital terhadap pesakit COVID-19 berbanding plasebo.

COVID-19: Angka korban global melepasi 2.12 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 418,000 kes.

COVID-19: Kes positif dunia menghampiri 100 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.09 juta kes.

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Pembangkang perlu hati-hati mahu sidang Parlimen, usah desak tukar kerajaan - Pakar perlembagaan
Menurut Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain, gabungan pembangkang perlu berhati-hati dengan permintaan mereka untuk mengadakan sidang Parlimen ketika tempoh darurat.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sarawak Memilih: Sekiranya pengecualian darurat diperkenan, Sarawak masih perlu yakinkan pengundi - Penganalisis
Sarawak mempunyai hak untuk dikecualikan daripada darurat bagi laksana PRN, namun perlu memikirkan kerisauan pengundi ketika itu nanti.

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

PKP 2.0: Malaysia kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK - Tengku Zafrul
Malaysia mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus bagi 2021.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

Darurat: PH hantar tiga nama untuk Jawatankuasa Khas Bebas
Tiga wakil tersebut ialah Saifuddin Nasution Ismail (Kulim-Bandar Bharu), Anthony Loke (Seremban), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat.