KUALA LUMPUR:Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada waktu COVID-19 semakin mengganas dan 'politiking' yang tidak berkesudahan adalah tepat pada masanya bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan hidup rakyat, demikian menurut pakar perlembagaan.
Mereka berpendapat dengan Proklamasi Darurat yang diisytihar pada Selasa, 100 peratus fokus kini dapat dihalakan kepada usaha memerangi penularan COVID-19 agar ia tidak menjadi lebih parah sekali gus memulihkan negara daripada kesan pandemik itu.
Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Muhammad Fathi Yusof berkata Proklamasi Darurat merupakan langkah yang sangat baik, kerana ia juga dapat mengendur dan 'merehatkan' ketegangan politik sekali gus memberi peluang kepada usaha-usaha memerangi COVID-19.
"Pertamanya, pengisytiharan darurat ini adalah satu langkah yang amat tepat bagi memastikan usaha membendung wabak COVID-19 dapat dilaksanakan dengan cepat, tegas dan menyeluruh, tanpa terikat dengan sekatan-sekatan di sudut pentadbiran atau birokrasi.
"Secara tidak langsung, ia juga dapat memastikan tidak berlakunya Pilihan Raya Umum dalam tempoh ini...saya percaya ia bagi memastikan seluruh pemimpin politik dan juga rakyat memberi tumpuan kepada masalah sebenar negara iaitu COVID-19, masalah ekonomi dan masalah kesempitan hidup, bukannya kepada kemelut politik di dalam negara," katanya.
BACA: Teks penuh Pengumuman Khas Darurat oleh PM Muhyiddin
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Beliau berkata memandangkan darurat boleh bertindak sebagai mekanisme untuk mengelak berlakunya sebarang bentuk pilihan raya, ia adalah amat relevan memandangkan akan berlakunya aktiviti kempen dan pergerakan pengundi yang boleh meningkatkan risiko jangkitan COVID-19 sekiranya pilihan raya diadakan.
"Mungkin ada pihak-pihak tertentu yang inginkan pilihan raya dijalankan segera atau ingin mengambil alih kerajaan dalam waktu COVID-19 sedang memuncak...saya percaya langkah pengisytiharan darurat ini sekali gus memberikan ketenteraman politik sekurang-kurangnya sehingga 1 Ogos depan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat bagi mengekalkan konsep semak dan imbang, adalah tidak salah sekiranya persidangan Parlimen tetap diteruskan sepanjang darurat bagi memberikan ruang kepada Ahli Parlimen untuk mengemukakan pandangan rakyat bawahan.
"Jika diadakan sidang Parlimen, saya percaya tidak akan timbul cadangan untuk usul tidak percaya atau seumpamanya kerana masing-masing memahami fokus yang perlu diberikan iaitu bagi menyelesaikan masalah yang lebih besar ini.
"Walaupun demikian, kerajaan tetap mempunyai hak sama ada untuk menangguhkan sidang Parlimen atau mengubah kaedah persidangan dengan cara persidangan dalam talian, menggunakan ordinan-ordinan tertentu atau Ordinan Darurat sekiranya terdapat risiko jangkitan COVID-19 akibat persidangan berkenaan," katanya.
Muhammad Fathi juga menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas sebagai langkah yang sangat baik bagi memastikan darurat benar-benar bertujuan untuk menangani wabak dan bukannya untuk tujuan politik.
Kewujudan wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu menunjukkan keseriusan kerajaan memastikan ia tidak menjejaskan proses demokrasi.
Dalam pada itu, pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata meskipun enam negeri sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun darurat tetap diisytiharkan memandangkan ia dapat menangani situasi pandemik yang berada pada tahap kritikal, dengan lebih pantas.
"Darurat memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong dan Eksekutif untuk membuat undang-undang dengan segera serta mengambil tindakan drastik untuk mengatasi ancaman sekarang.
"Undang-undang yang lebih ketat daripada PKP boleh dibuat melalui Ordinan Darurat, misalnya ordinan boleh dibuat untuk menaikkan kompaun kepada mereka yang ingkar arahan daripada RM1,000 kepada jumlah yang lebih besar, malah perintah penahanan sementara juga boleh dibuat," katanya.
Nik Ahmad Kamal yang juga Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara berkata dalam keadaan jangkitan yang nampak sukar dikawal, ditambah tekanan yang dialami oleh hospital dan 'frontliners' di perkhidmatan kesihatan, pengisytiharan darurat adalah cara yang paling berkesan.
"Darurat boleh diisytihar dalam keadaan keselamatan atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam terancam dan dalam konteks COVID-19, semua elemen untuk pengisytiharan darurat itu wujud...jangkitan COVID-19 bertambah setiap hari, hospital tertekan dengan jumlah pesakit yang bertambah, rakyat bimbang untuk bebas dengan aktiviti mereka, ekonomi terjejas kerana perniagaan terpaksa dikawal dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Dr Shamrahayu Abdul Aziz berkata pengisytiharan darurat itu juga sebagai langkah pencegahan segera bagi mengatasi peningkatan kes harian COVID-19 di negara ini.
"Apa yang membezakannya sebagai contoh pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sarawak sebelum ini iaitu untuk menangguhkan Pilihan Raya Kecil dan darurat yang diumumkan hari ini lebih kepada memutuskan penyebaran COVID-19," katanya ketika dihubungi menerusi program Malaysia Petang Ini yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama TV pada Selasa.
Shamrahayu berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mempunyai hak untuk memperkenankan selama mana tempoh darurat itu dilaksanakan.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan Istana Negara memaklumkan Seri Paduka memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. - Gambar fail

Resipi kebahagiaan rumah tangga Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah
Sikap toleransi antara satu sama lainmemainkan peranan penting dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga Tun Dr Mahathir bersama isteri.

Banjir Sarawak | Mangsa banjir di PPS berkurangan
Perkembangan banjir Sarawak. Setakat jam lapan pagi ini jumlah mangsa banjir kekal dengan 1,870 mangsa membabitkan 504 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

COVID-19 | Virus Nipah ditangani selepas penemuan vaksin
Sementara itu, Dr Mahathir turut memberi contoh, penularan virus Nipah dapat ditangani dengan baik selepas penemuan vaksin dengan cepat.

COVID-19 | Tubuh panel dianggotai doktor, wakili orang awam
Dalam usaha menangani pandemik COVID-19 yang lebih berkesan ketika ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat terdapat keperluan untuk menubuhkan satu panel yang dianggotai oleh pakar perubatan. Ini kerana jelasnya, penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan yang perlu dilakukan.

PKP | Tun M akur duduk di rumah, jalankan aktiviti harian seperti biasa
Pada masa sama, Tun Dr Mahathir Mohamad jelaskan beliau sentiasa memastikan rutin hariannya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Meskipun ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau akur duduk di rumah dan masih lagi menjalankan tugas harian seperti biasa.

Banjir Sarawak | Perkembangan banjir di Sarawak
Kita bersama Wakil Astro AWANI Sarawak Afiezul Samit yang sudah sedia dengan perkembangan di bumi kenyalang.

Darurat | Memahami Jawatankuasa Teknikal Pengurusan
Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar. Untuk membincangkan dengan lebih lanjut peranan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ini kita bersama dengan Penganalisis Politik Dr. Jeniri Amir.

COVID-19: Tun Mahathir cadang tubuh panel dianggotai pakar perubatan, bantu tangani pandemik
Penubuhan itu bagi mewakili pendapat orang ramai berkenaan langkah pencegahan sedia ada selain langkah keselamatan susulan.

Gempa bumi sederhana gegar rantau Taiwan
Gempa dikesan pada kedudukan 113km timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7km.

Siti Hasmah bersolek lebih satu jam, suami perlu bertoleransi - Tun M
Sikap saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan akan membuatkan rumah tangga itu bertambah seri.

Proklamasi darurat bukan bermotifkan politik - Takiyuddin
Beliau berkata pengurusan COVID-19 dalam negara adalah lebih penting berbanding tindakan memainkan isu politik ketika ini.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Kerajaan tubuh Jawatankuasa Teknikal Darurat, selaras usaha antara Persekutuan-Negeri
Jawatankuasa Teknikal itu, jelas Perdana Menteri lagi, berperanan memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan Darurat

Darurat: Majlis Peguam suara kebimbangan imuniti lindungi kerajaan daripada situasi akibat kecuaian
Presiden Majlis Peguam Salim Bashir berkata, kuasa yang luas di bawah ordinan ini, memberikan kesan yang menggerunkan kepada rakyat biasa.

Ringgit mungkin cecah paras psikologi 4.0 minggu hadapan
Ringgit mungkin menguji paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS pada minggu hadapan.

Darurat: Apa guna Jawatankuasa Khas jika Kabinet masih berfungsi - Salahuddin
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat.

Muhyiddin belum tunjuk kemampuan teraju negara - Tun M
Menurut Dr Mahathir, Perdana Menteri tidak melakukan banyak perkara untuk memerintah negara.

Dr Mahathir dakwa Muhyiddin Yassin diktator
Beliau membuat kenyataan sebegitu susulan tindakan Muhyiddin yang menguatkuasakan darurat supaya beliau boleh terus berkuasa.

Komen babitkan misi asing yang kini tular adalah tidak benar - Jurucakap
Kedutaan Jerman dan Suruhanjaya Tinggi Britain dalam kenyataan balas secara berasingan kepada Bernama, berkata tiada kakitangan dengan nama yang kini tular, bekerja dengan misi itu.

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.