Datu Nasrun ganti Allahyarham Noriah Kasnon

Bernama
Jun 28, 2016 00:06 MYT
Dalam PRU 2008, Datu Nasrun turut berjaya mengekalkan kerusi DUN itu. Beliau kemudiannya bertanding dan menang kerusi Parlimen Silam pada PRU ke-13 pada 2013. - Gambar fail
Datuk Datu Nasrun Datu Mansur semalam dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menggantikan Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sarawak 5 Mei lepas.
Datu Nasrun, 64, Timbalan Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, memegang kerjaya sebagai peguam bela dan peguam cara selama 24 tahun sebelum menyertai politik.
Anak kelahiran Lahad Datu itu memulakan karier politiknya pada tahun 2004 apabila dipilih sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) (BN-UMNO) Lahad Datu, pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 (2004).
Dalam PRU 2008, Datu Nasrun turut berjaya mengekalkan kerusi DUN itu. Beliau kemudiannya bertanding dan menang kerusi Parlimen Silam pada PRU ke-13 pada 2013.
Dalam UMNO, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua UMNO Bahagian Silam, Sabah pada 2008 dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Silam pada 2010.
#Datuk Datu Nasrun Datu Mansur semalam dilantik sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi #Lahad Datu #menggantikan Tan Sri Noriah Kasnon yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sarawak 5 Mei