POLITIK

Debat Naib Presiden PKR: Apa pendirian mereka mengenai LGBT?

Astro Awani 05/09/2018 | 10:54 MYT
Kru Awani Rangers membuat tinjauan mengenai soalan apa golongan muda mahu bertanya kepada bakal Naib Presiden PKR. - Foto Astro AWANI
Kini tiba masanya ... gelanggang Debat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat yang akan bersiaran di Astro AWANI malam ini menyaksikan pertembungan antara tokoh-tokoh PKR iaitu Shamsul Iskandar Mohd Akin, Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chang dan Datuk Johari Abdul.

Kru Awani Rangers -- Asyraf Roslan, Afiq Ariffin dan Eka Roslee -- telah mendapatkan pendapat netizen tentang soalan pilihan mereka untuk diajukan kepada calon Naib Presiden PKR itu.

Soalan yang diajukan Awani Rangers adalah: jika isu LGBT dipilih, apakah yang anda ingin tahu atau bincangkan?

Majoriti responden merupakan golongan muda yang bertanyakan soalan berkisar isu yang hangat diperkatakan ketika ini.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.



Jangan lupa saksikan Debat Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat jam 9 malam ini secara langsung di Astro AWANI saluran 501 dan www.astroawani.com/live-tv.
#AWANI Rangers #Chua Tian Chang #Debat AWANI #Johari Abdul #naib presiden pkr #Nurul Izzah Anwar #Parti Keadilan Rakyat #PKR #Shamsul Iskandar Mohd Akin