POLITIK
Desakan keluar kerajaan pandangan peribadi, bukan Presiden UMNO - Akmal Saleh
Dr Akmal menyanjung sikap Ahmad Zahid yang disifatkannya berjiwa besar dalam mendengar suara hati akar umbi berkenaan ketidakpuasan hati terhadap peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Desakan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan merupakan pandangan peribadi serta sebahagian akar umbi dan bukan arahan daripada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ringkasan AI
Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh berkenaan saranannya agar UMNO menjadi pembangkang dan tidak meneruskan kerjasama dengan Kerajaan Perpaduan.
“Desakan keluar (kerajaan) datang daripada saya secara peribadi dan juga daripada akar umbi, tidak datang daripada Presiden,” katanya semasa sidang media selepas konvensyen khas 'Hala Tuju UMNO: Kekal Atau Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan' di sini, hari ini.
Pada masa sama, Dr Akmal turut menyanjung sikap Ahmad Zahid yang disifatkannya berjiwa besar dalam mendengar suara hati akar umbi berkenaan ketidakpuasan hati terhadap peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.
“Walaupun Presiden tahu mungkin akar umbi akan marah dan sebagainya tetapi beliau berjiwa besar serta bersetuju untuk mendengar.
“Keputusan (konvensyen) ini akan dimuktamadkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dan insha-Allah, itulah keputusan parti," katanya.
Terdahulu, Dr Akmal mencadangkan UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan berperanan sebagai pembangkang.
Pada masa sama beliau turut menyatakan hasrat untuk menjadi jambatan antara UMNO dan Pas dalam membentu Muafakat Nasional 2.0
Ringkasan AI
- Desakan agar UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan ialah pandangan peribadi dan akar umbi, bukan arahan Presiden Zahid Hamidi.
- Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh, menyanjung sikap mendengar suara hati akar umbi oleh Zahid.
- Cadangan UMNO keluar daripada kerajaan turut disertai hasrat untuk jadi jambatan antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional 2.0.