awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Pemuda PAS desak kaji kembali hubungan dengan PKR

Bernama
Bernama
02/06/2016
23:30 MYT
Dewan Pemuda PAS desak kaji kembali hubungan dengan PKR
AHMAD FADHLI: PAS faham ramai rakan PKR masih sayangkan kita, tapi mana mungkin cinta ini akan bertahan sekiranya DAP dan PKR masih bersama. Gambar fail
Dewan Pemuda PAS mendesak pimpinan tertinggi parti itu agar mengkaji kembali tahaluf siyasi (kerjasama politik) PAS dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Perwakilannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata walaupun kedua-dua parti masih menjalinkan hubungan, namun ia dilihat kian hambar selepas PKR menjalinkan hubungan dengan parti lain.
"PAS faham ramai rakan PKR masih sayangkan kita, tapi mana mungkin cinta ini akan bertahan sekiranya DAP dan PKR masih bersama.
"Dalam masa yang sama PKR juga menjalinkan hubungan mesra dengan sebuah parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah). PKR kena jelas mana satu mereka mahu bersama," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiyah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di sini, malam tadi.
BACA: 'PKR harus pilih parti mana sebagai rakan seperjuangan' - Pemuda PAS
Ahmad Fadhli, yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS, turut memberi amaran terhadap segelintir anggotanya yang bertindak mengkhianati PAS dengan menubuhkan parti baharu.
Sementara itu, wakil Dewan Ulama? Pemuda PAS, Mohd Asri Daud menyeru pimpinan dan anggota PAS supaya tidak mengamalkan politik dendam, malah dalam masa yang sama perlu membudayakan politik sejahtera supaya dapat menarik sokongan mereka yang memusuhi parti itu.
"Biarlah orang buat jahat dan kita balas sahaja dengan kebaikan memandangkan suatu masa nanti mereka akan menjadi penyokong kita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Fadhli Shaari
#Dewan Pemuda Pas
#kerjasama politik
#tahaluf siyasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan