awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat kosong? MP PN pergi sokong Muhyiddin - Ahmad Fadhli

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
09/03/2023
05:50 MYT
Dewan Rakyat kosong? MP PN pergi sokong Muhyiddin -  Ahmad Fadhli
Keadaan di dalam Dewan Rakyat pada sebelah pagi Khamis - Foto/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini 'lengang' apabila kelibat Ahli-ahli Parlimen dari blok pembangkang tidak kelihatan di kedudukan masing-masing.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati pada sesi sebelah pagi tadi, antara yang dilihat berada dalam dewan adalah Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.
Selain itu, turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari; Ahli Parlimen Tangga Batu, Bakri Jamaluddin serta beberapa lagi wakil rakyat daripada gabungan tersebut.
Mengulas mengenai 'kekosongan' tersebut, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas berkata, kebanyakan Ahli Parlimen PN hadir ke Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Ramai dalam kalangan Ahli Parlimen PN bergerak ke Putrajaya untuk beri solidariti kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jadi itu mungkin dewan kelihatan kosong.
"Sebab yang ramai sebelum ini (dalam dewan) adalah dari wakil rakyat PN, Menteri Kabinet jarang sahaja masuk dewan. Jadi bila kami tiada, nampak lah kosong," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.
Jelas Ahmad Fadhli lagi, ketidakhadiran Ahli Parlimen PN bagaimanapun tidak dibangkitkan di Dewan Rakyat.
"Cukup korum ini kerana kalau dibangkitkan oleh Ahli Dewan, kalau tak dibangkitkan ia tidak menjadi masalah," tambah beliau.
[TERKINI] Muhyiddin tiba di ibu pejabat SPRM
Hari ini Astro AWANI melaporkan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tiba di luar ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya sekitar pukul 11.15 pagi.
Ketibaan Presiden Bersatu itu diiringi ratusan penyokong beliau serta beberapa Ahli Parlimen dan pemimpin PN.
Antara pemimpin PN yang turut hadir memberi sokongan kepada Muhyiddin ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Radzi Jidin serta Ahli Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali.
Muhyiddin hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM dipercayai melibatkan projek Jana Wibawa.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#Kerajaan Perpaduan
#Dewan Rakyat kosong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan