KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pelantikan empat Ahli Parlimen, iaitu masing-masing dua wakil kerajaan dan pembangkang untuk menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen.
Mereka ialah Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
Usul itu dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 berdasarkan cadangan Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat.
Menurut usul itu, Jawatankuasa Pemilih yang bermesyuarat pada 13 Okt bersetuju mencadangkan empat Ahli Parlimen tersebut untuk menganggotai majlis itu.
“Bahawa mengikut Seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025, empat Ahli Dewan Rakyat yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Pemilih tersebut diterima dan dipersetujui,” menurut Anwar ketika membacakan usul itu di Dewan Rakyat hari ini.
Usul itu kemudiannya diluluskan menerusi undian suara tanpa perbahasan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Dr Johari Abdul memaklumkan persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa itu terhadap empat nama yang dicadangkan dan tiada keperluan perbahasan usul berkenaan diadakan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Siapakah empat Ahli Parlimen yang dilantik menganggotai Majlis Perkhidmatan Parlimen?
A: Empat Ahli Parlimen yang dilantik ialah Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Datuk Seri Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu). - Q: Bagaimana usul pelantikan Ahli Parlimen ke Majlis Perkhidmatan Parlimen diluluskan?
A: Usul pelantikan diluluskan menerusi undian suara tanpa perbahasan selepas persetujuan dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemilih. - Q: Siapakah yang membentangkan usul pelantikan Ahli Parlimen ke Majlis Perkhidmatan Parlimen?
A: Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut Seksyen 3(2)(f) Akta Perkhidmatan Parlimen 2025. - Q: Bilakah Jawatankuasa Pemilih bersetuju mencadangkan empat Ahli Parlimen tersebut?
A: Jawatankuasa Pemilih bersetuju mencadangkan empat Ahli Parlimen tersebut dalam mesyuarat pada 13 Oktober. - Q: Mengapakah tiada perbahasan diadakan terhadap usul pelantikan ini?
A: Tiada perbahasan diadakan kerana persetujuan telah dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa terhadap empat nama yang dicadangkan.