awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dewan Rakyat 'panas', MP Pasir Salak 'tidak puas hati'

Bernama
Bernama
01/11/2018
10:54 MYT
Dewan Rakyat 'panas', MP Pasir Salak 'tidak puas hati'
Kekecohan itu bermula apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) tidak berpuas hati apabila Sim tidak menjawab soalan tambahannya berkenaan jumlah subsidi baja yang diberikan kepada petani. - Gambar fail
Persidangan Dewan Rakyat petang ini 'panas' ketika Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin membuat penggulungan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 bagi kementeriannya.
Kekecohan itu bermula apabila Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) tidak berpuas hati apabila Sim tidak menjawab soalan tambahannya berkenaan jumlah subsidi baja yang diberikan kepada petani.
Sim berkata persoalan yang dibangkitkan Tajuddin tidak ada kena mengena dengan persoalan yang dibangkitkan ketika dalam perbahasan.
"Ini semua soalan tambahan yang tak ada dalam perbahasan. Saya kena jawab isu yang dibangkitkan dalam perbahasan. Kena adil kepada mereka yang berbahas," katanya, yang menyebabkan Tajuddin tidak berpuas hati dan terus mengasak timbalan menteri itu untuk menjawab pertanyaan beliau.
Keadaan itu menyebabkan Timbalan Speaker Nga Kor Ming campur tangan dan meminta Tajuddin duduk bagi memberi laluan kepada Sim meneruskan penggulungannya.
Situasi itu menyebabkan Tajuddin mendakwa Nga tidak adil dan bersikap berpihak menyebelahi Sim.
Keadaan semakin panas apabila Anggota Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin dan Jelutong, RSN Rayer turut masuk campur dan meminta Tajuddin duduk, namun wakil rakyat Pasir Salak itu tetap berkeras menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara ketiga-tiga mereka.
Keadaan itu memaksa Nga membaca peraturan mesyuarat dan memberi amaran kepada Tajuddin agar tidak sengaja menimbulkan kekecohan dan akur dengan arahannya untuk duduk jika tidak mahu diarah keluar dewan.
Pertikaman lidah berlangsung kira-kira 10 minit sebelum Tajuddin akhirnya akur dan duduk bagi membolehkan Sim menyambung penggulungannya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dewan Rakyat
#Nga Kor Ming
#Pasir Salak
#rakyat
#RSN Rayer
#Sim Tze Tzin
#Tajuddin Abdul Rahman
#Willie Mongin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan