[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
POLITIK

Di mana Tun Mahathir nak bertanding?

Hafiz Marzukhi 30/12/2017 | 13:12 MYT
Tun Mahathir masih belum memutuskan untuk bertanding di Putrajaya, Langkawi dan Kubang Pasu pada PRU14. - Astro AWANI/fail
Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir memberi isyarat beliau mungkin bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Namun, beliau enggan memaklumkan kerusi mana yang akan ditandinginya sebaliknya hanya memberi bayangan.
"Ini soalan susah. Nampaknya kena bertandinglah. Mereka sarankan saya untuk bertanding sama ada di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.
"So, be ready for it. (Jadi bersedialah)," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Turut hadir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
#Kubang Pasu #Langkawi #Mahathir Mohamad #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #perhimpunan #pilihan raya #pilihan raya umum #PPBM #presiden #PRU14 #Putrajaya #Tun Dr Mahathir Mohamad