awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi keselamatan di Caracas: Malaysia tolak sebarang bentuk campur tangan asing
PKR desak AS henti tindakan ketenteraan terhadap Venezuela
Pasangan pempengaruh Nana Asry, Lela Tete bernikah bulan depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dilantik TPM: 'Ini bukan kemenangan tetapi permulaan cabaran' - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2022
11:17 MYT
Dilantik TPM: 'Ini bukan kemenangan tetapi permulaan cabaran' - Ahmad Zahid
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menzahirkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan ikhlas yang diberikan semua pihak kepadanya. -- Sinar Harian
SHAH ALAM: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan bukanlah kemenangan sebuah perjuangan.
Sebaliknya beliau menegaskan, ia adalah permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan tersebut.
"Tiada kata selain ucapan penuh syukur ke hadrat ALLAH Maha Esa atas takdir ini.
"Ia bukan kemenangan sebuah perjuangan namun adalah satu permulaan untuk menghadapi pelbagai cabaran yang akan tiba sebaik sahaja diberi amanah memegang jawatan ini," katanya dalam hantaran di Facebooknya pada Sabtu. DIARI 100 HARI KABINET KERAJAAN PERPADUAN PM ANWAR IBRAHIM
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga turut menzahirkan ucapan terima kasih atas doa dan sokongan ikhlas yang diberikan semua pihak kepadanya.
Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan senarai 28 menteri kabinet yang menganggotai kerajaan Perpaduan yang diterajuinya.
Anwar turut membuat keputusan bersejarah dengan melantik dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahmad Zahid dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kerajaan Perpaduan | Dua TPM, 25 Menteri selesai angkat sumpah
Selain dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid juga turut memegang jawatan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Timbalan Perdana Menteri
#Kabinet Perpaduan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan