Dilarang ke luar negara, Najib akur

Luqman Hariz
Mei 12, 2018 04:10 MYT
Najib berkata, susulan keputusan itu, beliau akan kekal di dalam Malaysia bersama keluarganya. - Gambar fail
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akur dengan keputusan Jabatan Imigresen Malaysia untuk melarangnya daripada meninggalkan negara.
Bekas perdana menteri itu menerusi status yang dikirim di laman Twitter rasmi beliau berkata, susulan keputusan itu, beliau akan kekal di dalam Malaysia bersama keluarganya.

Saya telah dimaklumkan bahawa Jabatan Imigresen Malaysia tidak membenarkan saya dan keluarga ke luar negara. Saya menghormati arahan tersebut dan akan bersama keluarga dalam negara.

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini mengesahkan bahawa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam dari keluar negara menerusi status yang dikirim di akaun Twitter rasmi jabatan itu pagi ini.

Jabatan Imigresen Malaysia ingin mengesahkan bahawa Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor baru sahaja disenarai hitamkan dari keluar negara.https://t.co/twdWwW3xN6 pic.twitter.com/3lVMjyWssK

— Imigresen Malaysia (@imigresenmy) May 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali menafikan Najib disenarai hitam untuk keluar negara kepada sebuah portal berita tempatan.
BACA: Najib dan Rosmah tidak berlepas dari LTAAS, tiada arahan tahan - Polis
Sebelum ini, menurut sumber, ada sebuah pesawat persendirian yang berpangkalan di Indonesia dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Sumber tersebut memaklumkan kepada Astro AWANI, nama penumpang yang bakal menaiki pesawat tersebut adalah bekas pemimpin Malaysia serta isterinya.
#Indonesia #Jabatan Imigresen Malaysia #luar negara #Najib Razak #pesawat #senarai hitam