POLITIK
Dr Mahathir tiada niat jadi Perdana Menteri buat kali ketiga
Pada Himpunan Amanat Negarawan di Stadium Suka Menanti, Alor Setar malam tadi, Dr Mahathir menegaskan, beliau tiada hasrat untuk menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 minggu lalu. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak menyimpan hasrat untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri buat kali ketiga selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 minggu lalu.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri sebanyak dua kali itu berkata, sewajarnya golongan muda diberikan peluang untuk menyandang jawatan berkenaan.
Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, individu berkenaan perlu mempunyai kesanggupan untuk mendengar nasihat daripada orang-orang yang berpengalaman mengenai langkah-langkah yang terbaik dalam membangunkan negara ini.
"Kita (juga) terima orang muda (untuk jawatan Perdana Menteri), bukan (niat) saya nak jadi Perdana Menteri sekali lagi, dua kali cukuplah... tapi saya nak bagilah sikit nasihat kerana saya jadi Perdana Menteri selama 24 tahun, saya bergerak dalam arena politik 80 tahun, yang d isini berapa orang umur 80, tak banyak dah.
"Kalau kita mempunyai Perdana Menteri yang sanggup menerima nasihat, saya yakin kita boleh atasi banyak masalah termasuk masalah masalah kemiskinan rakyat rakyat di negara kita yang kaya ini," kata Dr Mahathir ketika berucap pada Program Himpunan Amanat Negarawan, di Stadium Suka Menanti, di sini, malam tadi (Khamis).
Untuk rekod, kali pertama Dr Mahathir memimpin Malaysia ialah pada 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003, sementara pentadbiran kali kedua sebagai Perdana Menteri bermula pada 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020.
Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu kini sudah semakin lemah dan kehilangan kuasa memandangkan tidak lagi dominan dalam kerajaan ketika ini.
Sebungan itu, beliau menyeru agar orang Melayu untuk kembali bersatu terutama dalam membentuk dominasi kaum Melayu dalam kerajaan atas dasar tanggungjawab terhadap generasi akan datang.