POLITICS
Dr Sathia beri saingan, tawar diri bertanding Naib Presiden PKR
Dr Sathia berkata, beliau mahu memastikan PKR bukan sekadar parti dalam gabungan, tetapi menjadi parti yang menerajui perubahan di Malaysia - Foto/Dr Sathia
KUALA LUMPUR: Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menjadi calon kelapan setakat ini yang ingin mencuba nasib.
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan pemimpin serta rakan-rakan dalam parti, selain perbincangan bersama cabang Hulu Selangor dan akar umbi ketika lawatannya ke negeri-negeri.
"Tujuannya adalah untuk memastikan peningkatan tarikan PKR dalam kalangan pengundi muda dan profesional.
"Saya akan memastikan suara ahli akar umbi lebih didengari dalam membuat keputusan parti, serta memastikan setiap ahli diberi peluang untuk menyumbang kepada perjuangan PKR.
"Mengembalikan kekuatan PKR sebagai parti dominan dalam politik Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dr Sathia juga berikrar untuk memastikan PKR bukan sekadar parti dalam gabungan, tetapi menjadi parti yang menerajui perubahan di Malaysia, dengan dasar yang lebih jelas, kuat, serta mampu menawan hati rakyat di semua peringkat.
Dalam masa sama, beliau juga mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengarah Kongres Nasional PKR 2025 berkuatkuasa serta-merta, bagi mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan dan memastikan ketelusan serta keadilan dalam proses perjalanan kongres tersebut.
Dr Sathia yakin pihak kepimpinan parti akan melantik individu yang sesuai untuk menggalas tanggungjawab tersebut bagi memastikan kelancaran kongres.
Sebelum ini, empat penyandang Naib Presiden mengesahkan mempertahankan jawatan itu iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.
Turut menawarkan diri bertanding jawatan tersebut ialah Menteri Komunikasi yang juga Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan dan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.