awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Asrama pekerja binaan di Seremban terbakar
DUNIA
Perang Gaza belum tamat tanpa pembebasan tebusan - Duta Israel
POLITIK
Tarikh Perhimpunan Agung UMNO ditunda kepada 26-29 Nov
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITIK

Dua bekas pemimpin PKR Sarawak sertai PSB

Bernama
Bernama
27/11/2020
21:00 MYT
Dua bekas pemimpin PKR Sarawak sertai PSB
Bekas pengerusi jawatankuasa penaja PKR Tanjung Manis Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi dan bekas ketua Cabang PKR Sibu Abdul Raafidin Majidi menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB). -Gambar fail
SIBU:Dua bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) bersama kira-kira 6,000 penyokong dari kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Rajang dan Semop.
Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh berkata dengan sokongan kuat seumpama itu, bekas pengerusi jawatankuasa penaja PKR Tanjung Manis Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi dan bekas ketua Cabang PKR Sibu Abdul Raafidin Majidi masing-masing boleh menjadi calon PSB dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 di Kuala Rajang dan Semop.
"Diharapkan apabila tiba masanya (pilihan raya negeri), rakyat akan memberi sokongan kepada kedua-duanya untuk menjadi wakil mereka.
Saya yakin kedua-dua mereka akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasan ini," katanya dalam satu sidang media di sini.
Wong berkata adalah tidak benar PSB hanya menerima sokongan daripada masyarakat Dayak.
"Mengikut komposisi demografi, sudah tentu lebih ramai orang Dayak menyertai PSB daripada mana-mana bangsa, memberikan gambaran bahawa seperti PSB tidak dapat banyak sokongan daripada masyarakat Melayu/Melanau.
Sebenarnya, kami mempunyai sokongan kuat daripada semua komuniti termasuk Melayu/Melanau seperti di Lingga, Muara Tuang, Kabong, Asajaya, Tellian, Balingian, Bekenu, Lambir Saribas, Bukit Kota, Sebuyau dan Demak Laut," katanya.
Selain daripada mendukung misi dan wawasan PSB untuk membawa pembangunan yang lebih seimbang kepada rakyat Sarawak, Aditajaya dan Raafidin berjanji untuk memperjuangkan hak tanah adat bumiputera (NCR) di negeri ini.
"Saya sudah membuat keputusan dan bersetuju untuk menyertai sebuah parti tempatan Sarawak untuk meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat, mempertahankan dan mengembalikan hak rakyat," kata Aditajaya.
"Keputusan ini (menyertai PSB) tidak dibuat secara terburu-buru. Selain daripada meneruskan apa yang saya perjuangkan dalam parti sebelum ini, terutamanya hal berkaitan tanah NCR, saya akan menumpukan pembangunan infrastruktur kepada rakyat di kawasan pedalaman, " kata Raafidin.
Kedua-dua mereka kemudian menyerahkan borang keahlian PSB kepada Wong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Parti Sarawak Bersatu
#PSB
#Wong Soon Koh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami