awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Edar risalah di stadium: Peminat bola sepak 'balun' Nik Nazmi di Twitter

Haider Yutim
Haider Yutim
20/12/2014
01:43 MYT
Edar risalah di stadium: Peminat bola sepak 'balun' Nik Nazmi di Twitter
Posting yang meminta orang ramai mengedar risalah #tuntut. Foto dari Instagram Nik Nazmi
Kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad yang ingin mengedarkan risalah '#tuntut harga mintak RM1.90' pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki telah menimbulkan kemarahan peminat bola sepak.
Nik Nazmi memuatnaik posting tersebut di akaun Instagramnya malam tadi yang turut meminta peminat bola sepak bersama-sama mengedarkan risalah tersebut.
Bagaimanapun posting tersebut telah mendapat kritikan serta cemuhan hebat oleh rakyat Malaysia di media sosial Instagram dan Twitter.
Rata-rata mereka tidak bersetuju dengan niat Nik Nazmi itu kerana merasakan tempat dan masanya tidak sesuai untuk 'bermain politik'.
Ada juga yang meminta supaya risalah itu dikoyakkan.
Nik Nazmi Insta
Nik Nazmi Insta
Mohon semua rakyat Malaysia yg terima risalah yg diedar oleh @niknazmi & the gang esok utk Koyak & Campak. @ultrasmalaya07 @twt_malaysia
— Azwan Muhamad (@azwandengkil) December 19, 2014
Koyak risalah ini jika anda terimanya. Kita nk satu hati sokong malaysia, jangan ambil kesempatan kepentingan politik http://t.co/Nc3RjYHNvA
— Abedee (@ANDYSAHLAM) December 19, 2014
Esok aku datang Stadium Bukit Jalil sebab 3 benda. 1. Sokong Harimau Malaya. 2. Sokong Harimau Malaya. 3. Koyak risalah @niknazmi .
— Lengchai (@Fred9Fareed) December 19, 2014
Orang sibuk nak tengok bola, dia sibuk dengan risalah dia. Pergi edar kat Jalan Tar sana. Dah la risalah, kalau ribetul takpe jugak.
— Otto (@SuperLeplep) December 19, 2014
Koyak dan bakar je risalah @niknazmi. Memalukan nama Kolej Melayu Kuala Kangsar!
— شهيد (@shahid_shayaa) December 19, 2014
Dalam laporan Malaysiakini, satu gabungan yang terdiri dari 15 NGO turut merancang mengadakan sebuah himpunan yang mensasarkan 10,000 orang pada malam ambang tahun baru 2015 bagi menuntut harga minyak diturunkan ke tahap RM1.90 seliter.
Menurut Pengerusi NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Azan Safar gerakan itu juga akan meneruskan jelajah bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk menyertai mereka pada perhimpunan tersebut.
Sebelum ini, Pakatan Rakyat turut memaklumkan akan menganjurkan demonstrasi sekiranya harga minyak RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#harimau Malaya
#minyak
#Nik Nazmi
#Risalah
#tuntut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan