awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Elak mengapi-apikan isu berbangkit libat agama, kaum'

Sinar Harian
Sinar Harian
12/01/2024
00:00 MYT
'Elak mengapi-apikan isu berbangkit libat agama, kaum'
MOHD YUSRI: Malaysia didirikan oleh masyarakat majmuk, keharmonian rentas kaum dan agama adalah kunci utama kestabilan negara. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Pemimpin dan penyokong politik perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan sebarang isu berbangkit melibatkan agama atau kaum semata-mata untuk keuntungan politik murahan.
Ketua Penyelidik Ilham Centre, Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, ia perlu bagi memastikan kejadian kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dibaling molotov cocktail dipercayai akibat mengeluarkan kenyataan sensitif, tidak berulang.
“Isu-isu berkait sentimen etnik dan agama yang mula hangat pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) semakin panas sekarang.
"Apa sahaja isu yang berlaku dalam negara sering dimanipulasi untuk menghangatkan sentimen 2R ini (kaum dan agama),” katanya.
Beliau berkata, sentimen tersebut termasuk tindakan Koo Ham yang mencadangkan supaya wakil bukan Islam dilibatkan dalam jawatankuasa khas mengkaji perundangan Islam.
“Terbaharu, kenderaan dan anjung rumah beliau terbakar dilontar bom petrol, disyaki rentetan cadangannya itu.
“Dalam situasi begini, semua pihak perlu mengambil peranan untuk mengekalkan keharmonian dalam negara.
"Malaysia didirikan oleh masyarakat majmuk, keharmonian rentas kaum dan agama adalah kunci utama kestabilan negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai penyelesaian terbaik perlu diambil semua pihak untuk meredakan episod baharu politik negara ketika ini.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata, perbuatan seperti ‘mencurah minyak ke api’ bukan sahaja boleh mencetuskan perbalahan tetapi turut dibimbangi mengundang perpecahan lebih besar.
“Jika Malaysia yang dicintai ini terbakar, kita semua akan rugi.
"Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu,” ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ngeh Koo Ham
#sentimen kaum dan agama
#keuntungan politik murahan
#Mohd Yusri Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan