awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti

Astro Awani
Astro Awani
12/02/2017
05:19 MYT
Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti
Empat wakil rakyat itu akan meneruskan tugas kepada pengundi sebagai wakil rakyat bebas. - Gambar fail
Empat wakil rakyat DAP di Melaka bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, lapor The Oriental Daily.
Empat wakil rakyat DAP itu terdiri dari Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Goh Leong San, Lim Jack Wong (Bachang), Chin Choong Seong (Kesidang).
Bercakap di sidang media hari ini, Tong Him yang mewakili tiga lagi wakil rakyat itu memberitahu selain hilang keyakinan terhadap kepimpinan sedia ada, mereka juga kecewa dengan kepimpinan DAP hari ini.
Tong Him mendakwa DAP kini sudah tersasar dari matlamat perjuangan asalnya.
Katanya, mereka akan terus memberi khidmat kepada rakyat sebagai wakil rakyat bebas.
Pada 2016, Tong Him dan Leong San telah digantung keahlian oleh lembaga disiplin DAP kerana mencemarkan nama parti atas tindakan undang-undang terhadap ahli parti yang lain.
Topic Berkaitan
#DAP
#Melaka
#parti
#wakil rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan