KUALA LUMPUR: Notis terhenti serta-merta keahlian parti telah diserahkan kepada enam wakil rakyat Bersatu hari ini kerana didakwa melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 Perlembagaan parti.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas dan telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat semalam.
Selain itu, keahlian Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pula telah terhenti serta-merta menurut Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu dan notis terhenti secara serta-merta keahlian telah dihantar kepada beliau pada 17 Mei, menurut Hamzah.
"Kesemua proses ini telah dilakukan dengan menepati lunas perlembagaan parti dan perundangan negara sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan dan/atau di bawah undang-undang kerajaan negeri yang berkenaan," katanya.
Sebelum ini, enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu digugurkan keahlian serta-merta selepas gagal menjawab surat arahan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk menzahirkan ikrar taat setia kepada parti itu.
Selain Suhaili, enam lagi wakil rakyat terlibat adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Hamzah (foto) dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas. -Gambar fail

Langgan Astro One, menang hadiah RM200,000!
Kempen ini berlangsung sehingga 26 April 2025, memberi peluang kepada pelanggan baharu dan pelanggan Astro sedia ada.

Pemilihan PKR: Pertandingan Presiden, Timbalan akan diputuskan pucuk pimpinan - Anwar
Keputusan sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipertandingkan atau sebaliknya dalam pemilihan Mei depan, akan diputuskan pucuk pimpinan.

Dua beradik hilang di Seri Kembangan
Kedua-dua mereka kali terakhir dilihat di alamat terakhir mereka di No. 2-03, Blok Mawar, Taman Harmoni 5, Seri Kembangan.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

DBKL sita barang perniagaan di laluan awam
Sebanyak tiga kes tindakan sita dijalankan menerusi peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Penternak kerugian apabila 48,000 ekor ayam hangus terbakar
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan 80 peratus dan api berjaya dikawal pada jam 12.46 tengah malam.

Ringgit diniagakan berhati-hati menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC
Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati berbanding dolar AS pada minggu depan menjelang pengumuman minit mesyuarat FOMC pada 20.

Siti Saleha kini bergelar isteri kepada Joshua Fitton
Majlis akad nikah secara tertutup kedua mempelai diadakan di sebuah resort mewah di Janda Baik.

TFC akui laluan ke tiga kelompok terbaik Liga Super kian sukar
TFC mengakui peluang untuk berada dalam kelompok tiga teratas Liga Super semakin sukar setelah tewas tipis 1-2 di tangan KL City FC.

Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.

Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.

Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.

Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.

Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.

Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.

Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).