Enggan tinggalkan Dewan, ini kata semangat Rafizi buat Khairy

Isabelle Leong
Julai 16, 2018 09:44 MYT
Rafizi, menerusi laman Twitter peribadinya memberikan sokongan moral kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bertindak untuk kekal dalam Dewan Rakyat sementara ahli pembangkang keluar dewan sebagai tanda protes. - Astro AWANI
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini memberikan sokongan moral kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bertindak untuk kekal dalam Dewan Rakyat meskipun hampir kesemua anggota parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan.
Ia susulan bantahan terhadap prosedur pelantikan bekas hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ke-9, menggantikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
BACA: "Itu semua sandiwara" kata Tun Mahathir
BACA: KJ, Anifah perlu jawab tindakan enggan keluar dewan - Najib

This might not mean anything to @Khairykj given his situation now, but there's a lot of support for a strong 2-party system. It is tough to be different but eventually people will judge us for the consistency of our actions & words. Good luck :-)

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) July 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ini mungkin tidak membawa sebarang makna kepada @Khairykj memandangkan situasi pada ketika ini, tetapi terdapat banyak sokongan buat sistem dua parti.
“Ia sukar untuk menjadi lain daripada yang lain, tetapi akhirnya orang lain tetap akan menilai kita berdasarkan konsistensi tindakan dan kata-kata kita.
BACA: KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
“Semoga berjaya,” kata bekas Anggota Parlimen Pandan itu menerusi catatan Twitternya.
Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau kemudian membalas dengan mengucapkan terima kasih atas kata-kata semangat Rafizi dan berharap agar kedua-duanya boleh bertemu lagi di Dewan Rakyat.

Thanks, Raf. Ill be seeing you soon back in the Dewan.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) July 16, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Terima kasih, Raf. Saya akan berjumpa anda tidak lama lagi di Dewan (Dewan Rakyat),” katanya.
#Dewan Rakyat #Khairy Jamaluddin #Pakatan Harapan #pembangkang #Rafizi Ramli #Rembau #Speaker Dewan Rakyat #Twitter