awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Itu semua sandiwara" kata Tun Mahathir

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
16/07/2018
07:16 MYT
"Itu semua sandiwara" kata Tun Mahathir
Apabila ditanya tentang tindakan pembangkang untuk keluar dewan, Tun Dr Mahathir hanya melabelkan tindakan tersebut sebagai sandiwara. - Foto Bernama
Isu berhubung pelantikan Yang DiPertua Dewan Rakyat yang baharu tidak harus timbul memandangkan surat pelantikan sudah ditandatangani pada tarikh yang sepatutnya.
"Tiada back date. Surat sudah disediakan lebih awal dan apabila saya menandatanganinya, baru diletakkan tarikh," kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah juga telah memaklumkan Dewan bahawa surat pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah diterima bertarikh 2 Julai.
Sebelum itu pihak pembangkang telah menegaskan bahawa proses pelantikan Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 4(1).
BACA: Baru 10 minit, Dewan Rakyat sudah kecoh
BACA: KJ, Anifah bersendirian di blok pembangkang
"Terdapat tiga elemen dalam pelantikan Speaker iaitu calon itu sedia menerima pencalonan, diberitahu secara bertulis kepada Setiausaha Dewan dan tidak kurang dari 14 hari dari tarikh persidangan, iaitu pada 2 Julai 2018," kata Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.
Beliau yang memetik beberapa laporan media menegaskan bahawa pencalonan nama Mohamad Ariff sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat hanya diputuskan pada Ahad.
Sementara itu, apabila ditanya tentang tindakan pembangkang untuk keluar Dewan, Tun Dr Mahathir hanya melabelkan tindakan tersebut sebagai sandiwara.
"Ini adalah sandiwara. Pertama kali, bekas Perdana Menteri keluar dari Dewan, baru dia tahu apa maknanya bila orang (Ahli Parlimen) keluar dewan," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Mahathir Mohamad
#PAS
#pembangkang
#Perdana Menteri
#rakyat
#Rosmee Hamzah
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan