POLITICS

Ewon komited selesai isu rakyat, hak Sabah bersama rakan Kabinet

Nickyson Nyambar 02/12/2022 | 21:00 MYT
Ewon berkata, beliau mengambil serius perihal serta isu-isu pembangunan rakyat di kawasan diwakili iaitu Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang baru dilantik, Datuk Ewon Benedict akan meneruskan perjuangan khususnya dalam mengangkat isu-isu yang menyentuh hak negeri Sabah.

Ujar beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), beliau mengambil serius perihal serta isu-isu pembangunan rakyat di kawasan diwakili iaitu Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

"Sebagai salah seorang dari dua wakil dari Sabah, saya komited untuk mengangkat isu-isu rakyat dan akan bekerjasama dengan rakan-rakan kabinet dalam mencari penyelesaian kepada isu-isu dihadapi khusus berkenaan dengan hak-hak Sabah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.


Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim. - Infografik oleh Muhammad Syazwam


Portfolio beliau itu juga katanya adalah penting demi pembangunan usahawan-usahawan tempatan.

"Saya berbesar hati menyertai Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan Kabinet lain dan berharap dapat bersama membina negara," tambah beliau.




#Kabinet Baharu #Datuk Ewon Benedict #PM10 #Pantau Kerajaan Baharu